Saturday, April 20, 2019

OASIS VIETNAM 

OASIS bermaksud Omarian Aspirational Synergy International yang di cipta oleh Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia. OASIS adalah satu program mobiliti di mana pelajar Kolej Ungku Omar akan membawa nama kolej sekaligus membawa nama UKM ke luar negara dan dapat menibgkatkan prestasi dan nama baik universiti. Saya merupakan salah seorang ahli OASIS 18/19. 

Pada mulanya, semasa sesi pendaftaran UKM, kolej telah mempromosikan OASIS kepada semua pelajar yang tinggal di KUO. Sejak daripada itu, saya melihat kekuatan OASIS bahawa satu program mobiliti adalah satu peluang yang boleh kita melihat negara luar selain program pertukaran pelajar antara negara dan negara. Peluang menyambng pengajian di luar negara adalah satu nikmat kepuasan yang disukai oleh orang ramai akan tetapi perkara tersebut bukan mudah yang disangka-sangka. Jadi, saya membuat keputusan untuk mengikuti program OASIS. 

Seperti biasa mereka akan mengenakan temuduga secara berkumpulan sekaligus melihat kebolehan masing-masing adakah mereka berjaya mengatasi temuduga ini? Adakah anda sanggup melakukan kerja berat demi menjalani program mobiliti tersebut? ataupun adakah anda sanggup mengorbankan kewangan anda demi program mobiliti ini? 

Selepas temuduga, beberapa hari kemudian saya menerima mesej daripada group Whatsapp bahawa saya telah berjaya dan dipilih menjadi ahli OASIS. Alhamdulillah. 

Semasa dalam perbincangan, OASIS telah memilih untuk melakukan 2 program mobiliti yang berlainan iaitu pendidikan dan program kemanusiaan. Negara yang dipilih juga telah mengikut prioriti iaitu program pendidikan akan ke Australia dan program kemanusiaan pula ke Vietnam. 

ketika itu, saya telah terpilih menjadi ketua logistik OASIS Vietnam. Di mana kerja tersebut adalah bukan mudah kerana perlu berhubung dengan NGO, kesemua catatan perlu di ambil, tempat, makan minum, dan sebagainya. Hari kejadian, logistik yang akan mengetuai kumpulan tersebut. 

Alhamdulillah, kami mendapat bantuan daripada NGo Alif Consultant yang pernah menjelajah ke Vietnam dengan melakukan kerja amal ibadat di sana. Beliau merupakan seorang pensyarah sambilan, pengerusi masjid, dan perunding NGO. 

Walaubagaimanapun, pelbagai masalah yang timbul, bermacam-macam halangan yang berlaku sepanjang perjalanan kami sehingga hari kejadian. Hanya tuhan sahaja yang tahu keadaan kami. Akhirnya, kami dapat atasinya dengan mudah dan berjalan dengan lancar. 

Jadi kepada pembaca blog saya ni, kalau ada berminat menjadi seorang traveler, teruskan perjuangan anda. Kerana peluang itu merupakan satu semangat yang baru dalam menimba pengalaman hidup kita. 

Friday, April 19, 2019

LUAHAN HATI DINDA KAHKAHKAH

so, hii semua
saya saje nak luahkan something dalam blog ni sebab life aku masa sem 2 kali ni lifeless tau. nak tahu kenapa? sejak dari week 1 lagi sampai week 5, kerja aku asyik-asyik pasal program tau. siang dah kuliah, malam pula meeting dengan program. weekend pun kena ganggu sebab nak cari duit punya pasal.

ok, macam ni. aku student Uni ( taknak mention nama Uni) lepas tu, aku balik sabah pun masa cuti midsem dengan cuti sem je. tak macam orang lain. so, the point is nak stay kolej punya pasal, kena laa join program kolej, mesti aktif. ada pengiraan markah dekat situ, jadi kiranya kau akan dipandang laa bahawa kau ni aktif dan boleh stay kolej. aku tak nak kena buang kolej sebab kolej tu strategik sangat dan fakulti aku pun dekat je, jalan kaki sampai.

masa masuk sem 2, aku ada program pasal kesihatan, karnival dan program mobiliti. semuanya kerja berat dan program besar sebab melibatkan ramai orang. ok, aku cerita satu-satu.

program kesihatan, aku dilantik menjadi ketua post program ( memang gila-gila ) satu jawatan paling besar pula tu. tapi mereka sangat percaya dengan kebolehan aku nak rancang program tu dengan baik. aku pun ok. setiap post ada anak buah masing-masing. jadi, majoriti anak buah aku ni, aku tak kenal langsung so aku assume yang mereka ni boleh deal dan kerjasama. TEAM WORK. nak jadikan cerita, lepas masuk sem 2, aku ingat anak buah aku adalah buat kerja yang patut, rupanya tak! bila meeting dengan semua post. anak buah aku semua blur apa sebenarnya nak buat. ya tuhan... aku speechless terus nak mampus. masa tu post aku paling kena anti-anti tau. asyik kena mention post program, macam aku sebagai kp tak lead langsung omygod! sejak tu, aku dah naik marah, so bila fikir balik, apa masalah anak-anak buah aku masa tu. Kenapa mereka tidak buat kerja langsung, tak tahu apa nak buat, kenalah tanya kan. Ni tidak, diam je. Group whatsapp Program pun asyik aku je yang membebel! Sampai satu tahap tu, aku memaki mereka ni tapi mengucap ingat Tuhan juga laa. Hati aku memang batu sudah masa tu. Ye la, bila ketua cari timbalan, dia sibuk pula lepas tu bila cari anak buah, ada yang membisu, ada yang buat kerja lain, ada yang tidak ambil peduli langsung. Nasiblah ada seorang anak buah program ni ambil peduli pasal aku. Aku makan ke, penat ke? hahh semoga tuhan lindungi dia dengan baik tapi jujurnya dia pun macam orang yang kejap-kejap lupa ingatan. Bila suruh wakilkan pergi meeting, hahh lain yang orang cakap lain yang disebut. Masha Allah! aku macam kenapa dengan budak ni? Aku membebel kot dalam group whatsapp program tu tapi satu benda pun dia tak cakap apa progress program. Lagi aku naik darah aiyoyoyo! Betapa bodohnya Ya Allah!

Program ni dah mula counting days, tinggal beberapa minggu je lagi. Aku sebagai ketua program memang kalut, muka barai, telefon orang sana-sini sampai kena marah oleh pihak luar sebab lambat hantar surat. huhu. Sanggup datang meeting muka pucat, tak makan lagi, Hydrated sangat! Nasib baik tak pengsan tau.. Sampai satu tahap tu semua kerja program aku yang buat sebabnya ajk aku tak bagi respon langsung.

beberapa hari lagi, program kesihatan mental dah nak dekat, masa tu macam-macam dugaan berlaku. exam midterm berlambak, ada koumputer Lab test, kelas keusahawanan pun wajib datang. Waktu tu aku tak tahu nak cakap apa dah. Nak komen pun tak boleh, nak bantah pun tak boleh. Jadi, aku keluarkan semua idea aku untuk back up waktu hari kejadian.

program berlangsung...

Alhamdulillah, program berjalan dengan baik. Aku rasa lega sangat program dah habis. Jawab exam midterm pun tenang je. Walaupun berliku-liku jugalah perjalanan program Mental Health Day tu tapi alhamdulillah dengan izin-Nya, kami ok!

Program tu mendapat ramai sambutan kerana ramai budak-budak UKM tengah mental masa tu apatah lagi ajknya kan.

pengajarannya,  apa yang aku belajar adalah mendapat sesuatu itu bukan senang, semestinya akan mempunyai pintu halangan yang membuatkan kita rasa sakit sangat. Tapi syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar!