Sunday, May 19, 2019

PENGKHUSUSAN EKONOMI DI UKM


MAJORING KOS EKONOMI UKM




hai semua, nama saya elyana berumur 20 tahun. Saya berasal dari Sabah. Saya dapat tawaran untuk menyambung pengajian di UKM dalam bidang ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Saya merupakan pelajar intake 18/19. 

selepas habis pengajian perakaunan di Kolej Matrikulasi Labuan, kalau nak sambung pengajian kan kena mohon IPTA/IPTS kan. Hahh saya pun cuak juga sebab mau isi permohonan untuk sambung degree kann, so saya mohon laaa
1st  Universiti Malaya - perakaunan 
2nd Universiti Kebangsaan Malaysia - ekonomi
3rd Universiti Pendidikan Sultan Idris - pendidikan perakaunan

hahhh ketiga2 ni semuanya TOP 10 universiti terbaik dan keputusan yang cemerlang. semuanya ada temuduga, Bila keluar keputusan temuduga, saya cuma dapat daripada UM dan UPSI sahaja. UKM tu tak dapat pun temuduga, jadi saya anggarkan saya tiada rezeki di UKM. Ehh tau2 pula dapat tawaran di UKM. Alhamdulillah. 

Cerita pasal UKM pula, kenapa pilih kos ekonomi kan? sedangkan boleh ja saya mohon perakaunan juga. Mau katakan pointer tidak lepas, padahal lepas ja pun, menepati syarat lagi. Mungkin rezeki saya di bidang kos Ekonomi, jadi saya terima seadanya. Nanti bila korang masuk UKM jadi budak tahun 1, hmm mesti rasa bangga kan dengan diri sendiri. Orang kata UKM pun not bad dan bukan senang nak masuk universiti elit. Sebenarnya mana-mana universiti pun terbaik dari diri kita sendiri saja ba tu. 

Pelajar baru di UKM, tahun 1. Saya ambil kos ekonomi. Tahun 1, budak kos ekonomi akan belajar benda yang sama, basic macam di STPM dan Matriks. Tapi lagi mendalam laa sikit hahhh kena perah otak juga laa. 1 sem ada 6 bulan, jadi pembelajaran kau akan jadi lebih laju sebabnya satu bab satu hari siap. huhu sakitnya tuh di sini. Tapi kalau kau fokus, mesti okay punya. 

Pelajar tahun 2 di UKM, hahhh baru ambik subjek major. Kos ekonomi ada 6 pilihan subjek major dan wajib pilih satu major sahaja. tak boleh tamak yaa. Setiap major tu ada 4 subjek wajib modul dan 2 subjek major bebas. Antaranya:

1. Ekonomi Industri dan Antarabangsa
2. Ekonomi Monetari dan Fiskal 
3. Ekonometrik dan statistik gunaan
4. Ekonomi Islam
5. Ekonomi perniagaan dan sumber manusia 
6. Ekonomi Sumber Alam Sekitar 

wahhhhh saya tengok pun tidak faham.. Apa ni? kannn
Inilah major yang ditawarkan oleh fakulti sendiri, pensyarah cakap UKM ja yang menawarkan major macam ni, nda tau laa betul ka tidak? Jadi untuk pilih major ni kena fikir sematang-matangnya tau sebab ini lahh yang kau akan hadap sepanjang tempoh pengajian, lepas tu kena tengok masa depan kau macam mana lagi. Saya sampai telefon mama abah, pensyarah di matriks, mentor di matriks, guru ekonomi di sekolah, kaunseling lagi, tambahan lagi senior-senior di UKM hahhh ambik kauu. Banyakkan saya mabik research untuk membuat permohonan sekecil ni ja. Tapi susah nak buat keputusan. 

Jadi selepas berfikir tu, dengan pendapat, cadangan orang lain. Saya berterima kasih dan bersyukur kepada mereka, akhirnya saya buat keputusan.

pilihan pertama - ekonomi industri dan antarabangsa 

kenapa? sebagaimana kita tahu ekonomi kita ada pasang surut. Pergolakan antara negara bercampr baur dengan politik membuatkan ekonomi kita susah untuk ditafsirkan bagaimana keadaannya. Seperti yang kita tahu, saya lebih memilih industri dan antarabangsa sebab kita mempunyai pelbagai sektor industri dan antarabangsa, bukan? Bagi saya itu adalah peluang terbaik untuk saya latihan industri. Contahnya, APEX, PETRONAS, MYPAC dan lain-lain. kedua membuat kajian, sangatlah mudah kenapa? skop kajian mudah dicari bukan? pilih satu syarikat besar, dah ada skop kajian. ketiga, persaingan kuat, permintaan tinggi. Tidak semestinya, kita mengambil kos ini, kita perlu bekerja di industri tersebut. Peluang kerjaya tetap ada kalau kita berusaha, bukan? Persaingan kuat? betul kerana orang zaman sekarang berebut nak bekerja. Nak sambung MASTER dan PHD, tiada masalah kerana perluasaan dalam kajian lagi menyerlah dan susah tentu kajian anda nampak lebih menarik berbanding yang lain. 


pilihan kedua - ekonomi monetari dan fiskal 

kenapa? monetari dan fiskal ni adalah benda yang kita akan belajar subjek makroekonomi. hahhh, tapi major ni lebih banyaka benda kau akan belajar. Kalau nak latihan sendiri boleh juga dan major ni lebih mementingkan pasaran saham, naik turun kewangan ekonomi. contohnya, boleh ja intern di mana-mana cawangan Maybank, Public Bank hahh gittew. selain itu, di LHDN, SSPN, jabatan akauntan negara macam-macam lagi. Sama juga macam di ekonomi industri dan antarabangsa, persaingan sengit dan permintaan tinggi. Orang akan berebut untuk bekerja nanti. Saya pernah berhasrat mau kerja di bank sebabnya memang jenis kepala mengira duit. hahh tapi bukan senang nak kerja di bank. tapi siapa yang dapat ,ajor insha allah boleh kerja di bank. 

pilihan ketiga - ekonomi perniagaan dan sumber manusia

kenapa? hahhh major ni ramai ja nda suka kenapa kononnya tiada dapat kerja masa depan . itu semua dusta, bukan betul tu. Saya pilih ni sebab jarang-jarang orang tau pasal benda ni sedangkan di setiap syarikat atau jabatan atau organisasi mesti ada bahagian sumber manusia. Sumber manusia ni lebih bersifat mempelajari manusia daripada mempelajari ekonomi perniagaan. Mentor aku cakap, sumber manusia ini lebih kepada melihat perspektif diri dan orang lain. Contohnya, kau mau tahu ka siapa yang selalu iv korang masa nak mohon kerja? hahh itulah pegawai sumber manusia. Mereka ingin melihat bahawa adakah anda layak bekerja di syarikat ini? hahhhhh persaingan kurang permintaan pu kurang. kenapa? sebab orang zaman mana peduli dengan kerjaya yang macam ni. Tak semestinya bila ambik kos sumber manusia terus kena kerja pegawai sumber manusia. tidak... bidang ini lebih kepada perspektif manusia. membantu syarikat mana yang betrul mana yang salah. 


Jadi ini lah keputusan yang saya buat untuk majoring saya. dan Alhamdulilah saya dapat major Ekonomi industri dan Antarabangsa. yeayyy! So, kepada adik-adik! Good Luck!


No comments:

Post a Comment