hello semua, hahh aku nak cerita ni.. tajuk kali ni pasal CRUSH. fuhhh crush pulak tuu, CRUSH ni majoriti perempuan cuma ibaratkan adalah sekadar suka-suka tau. Tapi Lelaki pula menganggap benda tu wow dia ada peminat dan kadang-kadang orang ambil serius benda tu. Last-last perempuan yang malu.
Nak dengarkan? hahhh jom! ok, masa aku kat matrik dulu, aku boleh dikategorikan aku gatal laa knp? sebabnya aku suka tengok lelaki hensem-hensem. Tapi aku sekadar suka-suka je, macam buat pemandangan paling indah pernah kau nampak hahhh. Sejuk je kat mata kau. Macam tu je laa, tak lebih mana pun.
Di matrik, aku ada banyak CRUSH! banyakkan! tapi aku bagi tahu 3 orang je. sorang yang beragama, sorg yang nampak sweet je. Aku suka tengok muka dia, suka tengok apa dia buat, even duduk pun aku suka pandang. Aku kalau part CRUSH memang laju sampai aku akan tahu apa yang mereka nak buat tau! Instagram pun aku dapat detect tau! inilah namanya superb wow!
ok, crush yang paling aku admired sekali. Nama dia Eizzuddin, sama kos dengan aku. Dia orang yang paling aku suka sebab dia sangat hormat dengan perempuan tau! Aku dapat tahu ibu dia ustazah pula tu. hmm bersyukurnya dapat anak macam tu. Sangat-sangat jaga pandangan mata dia. Rajin ke Masjid pulaa. Hailahh siapa jer tak cair kan. Tapi satu je aku tak suka, DIA RAMAI PEMINAT SHITT. Haduhh susahnyaa, masa tu aku pun pelik kenapa laa aku suka dengan orang famous.. hmm. Sampai satu tahap, aku tunjukkan effort aku dengan dia tau bagi gambar polaroid dan setiap ig story dia aku akan komen. Ahahahahha ketara sangat haduhh tapi tu laa usaha aku, mana laa tahu dia jodoh kita kan, siapa tahu. Dia sekarang kat UM hmm, ambik kos perniagaan.
ok, sekarang crush yang paling aku idollll sekali. Nama dia Gillbert. hahh dia kristian, tapi rupa dia macam muka melayu habis. aku pernah usha dia masa tu kat instagram, lepas tu aku pun nampak laa mamat ni uishh hensem siakk. Lepas tu aku apa lagi follow dia di instagram. Hensem nak mampus dia pakai baju kurta waktu hari jumaat. Jadi aku separuh mati ingatkan dia muslim melayu.. Hahahahah. Lepas tu aku nampak dia kat instagram sekali satu hari tu aku nampak dia depan mata like oh my god!!! Indahnya ciptaan tuhan. Serius aku tak tipu! lepas tu aku memberanikan bersemuka dengan dia dan senyum.. senyum paling manis pernah aku bagi.
Yang ketiga daripada muslim of course. And dia waktu matriks adalah YDP MPP matriks. Aku macam wow! Sudahlah hensem, berwibawa pula tuu. Segak bang hanggg lagi-lagi klu dia pakai jaket fuhh prince of the year! Tapi tu laa kalau jadi YDP mestilah dia pegang tanggungjawab yang besar kan hmm, ramai peminat pula tu, ishhh kenapa laa CRUSH aku semua ramai peminat ke aku salah pilih orang. Aduhhh, lepas tu, aku pun anggap je laa benda biasa kan, pertama kali dalam hidup aku, aku dapat bercakap dengan dia like jeng jeng jeng.. Aku macam tahan nafas! Serius tak tipu.. halahhh haihh, lepas tu aku dapat tau pula roommate aku satu kelas dengan dia. Ya Ampunnn! aku dapat hidu bau nasi minyak akuu!Ahahahhaah kesitu pulaa mengada..
jadi, kesimpulannya, aku dapat rasakan bahawa mereka hanya laa mainan barang mata aku je. Sebab mereka tu bukan suka aku punnnn, sedihhh! Tapi aku ok je kenapa? Sebab mereka hanyalah dunia kayangan aku iaitu crush akuu.Aku ingat lagi 30hb Mac sebelum masuknya 1 April aku confess dengan ketiga-tiga CRUSH aku. fuhh gempakkan aku sanggup memberanikan diri aku untuk confess dengan orang-orang yang aku CRUSH kan. Nak tahu tak apa jadi?
bersambung pada CRUSH ON TAK ON 2.0
No comments:
Post a Comment