Friday, April 19, 2019

LUAHAN HATI DINDA KAHKAHKAH

so, hii semua
saya saje nak luahkan something dalam blog ni sebab life aku masa sem 2 kali ni lifeless tau. nak tahu kenapa? sejak dari week 1 lagi sampai week 5, kerja aku asyik-asyik pasal program tau. siang dah kuliah, malam pula meeting dengan program. weekend pun kena ganggu sebab nak cari duit punya pasal.

ok, macam ni. aku student Uni ( taknak mention nama Uni) lepas tu, aku balik sabah pun masa cuti midsem dengan cuti sem je. tak macam orang lain. so, the point is nak stay kolej punya pasal, kena laa join program kolej, mesti aktif. ada pengiraan markah dekat situ, jadi kiranya kau akan dipandang laa bahawa kau ni aktif dan boleh stay kolej. aku tak nak kena buang kolej sebab kolej tu strategik sangat dan fakulti aku pun dekat je, jalan kaki sampai.

masa masuk sem 2, aku ada program pasal kesihatan, karnival dan program mobiliti. semuanya kerja berat dan program besar sebab melibatkan ramai orang. ok, aku cerita satu-satu.

program kesihatan, aku dilantik menjadi ketua post program ( memang gila-gila ) satu jawatan paling besar pula tu. tapi mereka sangat percaya dengan kebolehan aku nak rancang program tu dengan baik. aku pun ok. setiap post ada anak buah masing-masing. jadi, majoriti anak buah aku ni, aku tak kenal langsung so aku assume yang mereka ni boleh deal dan kerjasama. TEAM WORK. nak jadikan cerita, lepas masuk sem 2, aku ingat anak buah aku adalah buat kerja yang patut, rupanya tak! bila meeting dengan semua post. anak buah aku semua blur apa sebenarnya nak buat. ya tuhan... aku speechless terus nak mampus. masa tu post aku paling kena anti-anti tau. asyik kena mention post program, macam aku sebagai kp tak lead langsung omygod! sejak tu, aku dah naik marah, so bila fikir balik, apa masalah anak-anak buah aku masa tu. Kenapa mereka tidak buat kerja langsung, tak tahu apa nak buat, kenalah tanya kan. Ni tidak, diam je. Group whatsapp Program pun asyik aku je yang membebel! Sampai satu tahap tu, aku memaki mereka ni tapi mengucap ingat Tuhan juga laa. Hati aku memang batu sudah masa tu. Ye la, bila ketua cari timbalan, dia sibuk pula lepas tu bila cari anak buah, ada yang membisu, ada yang buat kerja lain, ada yang tidak ambil peduli langsung. Nasiblah ada seorang anak buah program ni ambil peduli pasal aku. Aku makan ke, penat ke? hahh semoga tuhan lindungi dia dengan baik tapi jujurnya dia pun macam orang yang kejap-kejap lupa ingatan. Bila suruh wakilkan pergi meeting, hahh lain yang orang cakap lain yang disebut. Masha Allah! aku macam kenapa dengan budak ni? Aku membebel kot dalam group whatsapp program tu tapi satu benda pun dia tak cakap apa progress program. Lagi aku naik darah aiyoyoyo! Betapa bodohnya Ya Allah!

Program ni dah mula counting days, tinggal beberapa minggu je lagi. Aku sebagai ketua program memang kalut, muka barai, telefon orang sana-sini sampai kena marah oleh pihak luar sebab lambat hantar surat. huhu. Sanggup datang meeting muka pucat, tak makan lagi, Hydrated sangat! Nasib baik tak pengsan tau.. Sampai satu tahap tu semua kerja program aku yang buat sebabnya ajk aku tak bagi respon langsung.

beberapa hari lagi, program kesihatan mental dah nak dekat, masa tu macam-macam dugaan berlaku. exam midterm berlambak, ada koumputer Lab test, kelas keusahawanan pun wajib datang. Waktu tu aku tak tahu nak cakap apa dah. Nak komen pun tak boleh, nak bantah pun tak boleh. Jadi, aku keluarkan semua idea aku untuk back up waktu hari kejadian.

program berlangsung...

Alhamdulillah, program berjalan dengan baik. Aku rasa lega sangat program dah habis. Jawab exam midterm pun tenang je. Walaupun berliku-liku jugalah perjalanan program Mental Health Day tu tapi alhamdulillah dengan izin-Nya, kami ok!

Program tu mendapat ramai sambutan kerana ramai budak-budak UKM tengah mental masa tu apatah lagi ajknya kan.

pengajarannya,  apa yang aku belajar adalah mendapat sesuatu itu bukan senang, semestinya akan mempunyai pintu halangan yang membuatkan kita rasa sakit sangat. Tapi syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar!

No comments:

Post a Comment