hai semua, hari ini aku tanya pendapat kepada yang membaca blog ni..
pernah tak kena condemn oleh kawan? maksud apa yang dia nak, semua orang kena ikut cara dia. Tapi jujur aku cakap aku tak suka orang macam tu. Ikut suka dia je, bukan tanya pendapat orang lain lepas tu menyusahkan orang. ok cerita dia macam ni, aku join satu program mobiliti ni. Lepas tu, kami memang ada meeting 2 kali seminggu. Part kerja aku pun berat juga, jadi logistik kot. Banyak ok. Lepas tu, ada satu lelaki india ni mula-mula tu aktif nak mampus, bukan main lagi setiap kali meeting, dia laa orang yang paling bersungguh-sungguh. Selepas masuk tahun 2019, kebanyakkan orang-orang dalam program tu semakin menjadi pemalas. Bukan malas, tapi tidak datang meeting la apa laa. Aku jeles laa kenapa orang macam tu tidak komit dengan kerja yang dia buat. Lepas tu, orang yang aku anti sangat ni, dulu dia bahagian IR irrelation relationship laa. Ada connected dengan mana-mana perhubungan luar. Tapi entah datang perangai gila dia tu, dia suka buat kerja main condem2 orang. Baru-baru ni, isnin lepas ada meeting rasmi dengan para penasihat kami. Aku tidak ikut sebab malam tu aku ada exam online yang satu soalan mau karang ayat 1500 patah perkataan. Bahagian B lagi mau 2500 patah perkataan. Nampaknya aku tidak tidur satu malam, esoknya aku ada exam mikro lagi. wah memang gila masa tu. Okay. perjalanan meeting tu berjalan dengan lancar tapi kali ni tanpa aku. Tiba-tiba malam tu dia mau tukar location la, pembayaran ngo tu tidak relevan la. Whattt? Semuanya mau minta tukar, suka-suka hati dia ja minta tukar. Nasib laa wakil logistik datang si fara tuu. Sebab aku memang harapkan dia ja. Memang laa kerja IR tu susah tapi yang dia pergi sibuk sangat dengan kerja aku kenapa? lolss. Macam laa dia yang pergi jumpa NGO tuu. Aku harap sangat orang yang aku tak suka ni, baca blog akuu. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment