Sunday, March 10, 2019

Kenangan Kolej Matrikulasi Labuan

#KMLTATAPDIHATI

Hii Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
saya elyana bekas student KML17/18, bidang perakaunan. Dulu lepas dapat keputusan SPM, alhamdulillah 6A 3B. Saya tak terfikir pun nak masuk matriks sebenarnya. Tapi sejak saya ambik risiko untuk drop subjek ekonomi dan ambil addmaths. Cikgu Rosemary (Addmaths) saya laa yang bagi semangat dan dia laa yang bagi dorongan untuk saya masuk ke matriks. Dia siap cakap lagi, saya mempunyai potensi dan peluang yang cerah untuk menyambung pengajian.
Alhamdulillah, saya dapat tawaran menyambung pengajian di KML. Rasa gembira tu hanya Allah sahaja yang tahu, mama abah saya pun tak menghalang malah mereka sokong sepenuhnya. betullah apa yang orang cakap, " work hard paid off ".

Setahun berada di KML tu tak terasa pun. Banyak liku-liku masalah dan kenangan di matriks. KML laa adalah matriks yang paling kecil dan cantik selain matriks yang lain. Majoriti yang masuk KML orang sabah, sarawak. Orang semenanjung maybe 1/2 ja.

seminggu orientasi dengan perkenalan KML. Saat tu la paling busy sebab nak kejar masa. Selepas tu, bermula laa perjalanan sebagai budak matriks. Muka pun makin gelap sebab terbakar. ye laa, KML di pulau, suhu pun panas. Nasib la asrama dengan kelas dan kuliah tidak jauh. Jalan kaki dalam 10-15 minit. Sepanjang berada di sana, aku baru faham masa itu emas. Pagi sampai petang full dengan kelas dan kuliah. Lepas tu, kadang-kadang pensyarah buat kelas malam juga macam kelas tambahan ataupun dia ganti kelas. Matriks ni kau dah belajar gerak geri kerja, melatih diri kau dalam bidang pekerjaan yang profesional. Gap pun sekejap jaa, tapi gap tu laa ramai pelajar pergi ke menara pentadbiran. jumpa dengan pensyarah, pasal tutorial, assignment, projek dsb. Jujur aku cakap, di matriks pembelajaran sangat laju. contohnya, hari ni kau baru belajar akaun bab 3, 2 hari kemudian, tutorial bab 3 mesti sudah siap di kelas. huhu. strict ye adik". Sibuk-sibuk students, sibuk lagi pensyarah sebab mereka kena pastikan anak-anak muridnya faham dan boleh buat. Jadi jangan hairan laa budak-budak matriks tak cukup tidur, penat, barai, pucat, sendu, eyebag pun makin besar.

Di kml pun banyak program besar, jadi memang bagus budak-budak join sekali. Aktif ni perlu juga supaya kau ada pengalaman sekain belajar jaa. Dulu aku pernah join pertandingan cerita kewarganegaraan malaysia peringkat kebangsaan. Alhamdulillah, dapat no 4 saguhati RM1,000. Aku tak aktif sangat dalam sukan sebab muka dah sunburn habis. kulit sangat sensetif. Majoriti lepas habis kelas, semua budak-budak balik asrama dan tidur. Qada tidur yang tak habis tu. Otak pun perlu rehat juga. Aku dulu tidur 2-4 jam sehari. Buat tutorial sampai lewat malam jam2 pagi. Kalau tak siap, mesti kena bebel oleh pensyarah. Aku pernah stay up juga demi menyiapkan kerja. Exam pun aku sanggup stay up demi nak score. Tapi aku tak galakkan laa untuk stay up sebab sepanjang aku di sana. Aku kuat datang migrain, lepas tu cepat datang sakit. Demam laa, batuk laa macam-macam lagi. Tapi itu bergantung dengan diri sendiri. Dulu aku di Madani blok C. Strategik sangat kann. Gambar sebelah ni bilik asramanya. Satu bilik ada 4 orang rumet. Pertama kali, aku ada 3 orang rumet non-muslim. 2 orang kristian dan 1 cina. Kami tidak racist, masing-masing faham agama orang lain. Aku jenis yang tak ambik kisah sangat sebab di sekolah dulu pun aku ramai kawan cina dan kristian juga. Masa tu aku di pilih sebagai s/u blok c. Nasiblaa felo blok C sporting orangnyaa. Alhamdulillah.

AJK BLOK C
SAMA MATRIK SAMA UNI
JENG JENG JENG 
tak sangka sepupu sendiri pun masuk matriks, jadi kita balik pun dah ada teman. 
Kuliah Math bersama dengan Madam Mastura
Kuliah Ekonomi bersama dengan Madam Pulsinah. Orang kuat dan legend ekonomi 
Kuliah Business bersama dengan Sir Jumaadil. Beliau juga mentor saya. 
inilah classmate saya A3T43 & A3T44

walaupun setahun di matriks, tapi hubungan antara kawan dengan pensyarah tu sangat rapat lebih dari itu. Biarpun ada masalah, tapi itulah yang membuatkan kau menjadi matang. Sebelum fikir orang lain, fikir diri sendiri dulu. Satu ja aku pesan, hati kena kuat, cekal dan kental. Sentiasa hormat-menghormati orang lain. Selalu laa ingat pesan ibu bapa, mereka nak tengok anak dia berjaya! 

kenangan di matriks masih lagi tersemat di hati. Rindu sangat! masing-masing sudah sambung belajar. kepada yang bakal-bakal nak masuk matriks, life matriks sangat best.. you won't regret it!

sekian, coretan saya tentang matrik. 

Nur Elyana.

















































































1 comment:

  1. Hi akak... Kat KML ada pelajar jurusan sains asal dari sarawak tak?

    ReplyDelete