Hahhhh kita berjumpa lagi yang kali kedua, korang mesti tak sabar kan apa yang berlaku lepas tu?
ok, mehh sini aku nak cerita, antara ketiga-tiga CRUSH aku tu, korang rasa aku buat apa? hahhh curious tak? jeng jeng jeng.. Aku confess kan.. nak tahu tak apa yang berlaku lepas tu?
aku kena reject ke?
mereka suka ke?
buat tak tahu ke?
ignore je?
ahahahhaha gila kannn. ok CRUSH yang pertama tu, lepas aku confess, dia simply tak terkejut like macam dia tahu je apa yang aku nak buat tapi sumpah aku rasa pelik ahahha. Dia tak reject aku (Alhamdulillah) tapi dia kata buat masa sekarang dia nak fokus belajar dulu sebab dia tak fikir sangat nak bercinta ni. Aku pun cuma main CRUSH je kot tak lebih dari tu. Aku pun ok je sebab aku sendiri pun masih berpegang prinsip belajar dulu, bercinta kemudian. Dia kata dia lagi suka berkawan. Aku pun rasa benda yang sama tapi pada masa yang sama aku rasa lega sangat sebab aku dah bagi tau apa yang aku rasa selama ni.
ok, yang kedua pulaa huhu agak berat tapi aku tak endahkan pun sebabnya aku rasa " YOU MUST BE BRAVE " ahahaha lepas aku bagi tau yang aku CRUSH kan dia. Sama juga dia tak terkejut. Aku macam pelik la kenapa dia ni relak je. Rupanya ramai budak perempuan confess dengan dia aku macam WHAT?????? Haihhh aku lambat sangat ke? Aku orang yang ke berapa? Ciss patah juga hati aku waktu tu. Hmm, tapi nak buat macam mana kann sebab dia famous hensem pulak tu. Aku pun berlagak biasa je tapi dia kata dia tak reject cumanya dia kata buat masa sekarang dia tak masuk lagi bab tu Aduhh Aku macam aku sebut CRUSH je kot tak lebih pun dari tu. Alahaii tapi aku layankan je laa lepas tu dia cakap sorry laaa aku kena reject ke apa rupanya dia memang sejenis kalau buat perempuan rasa bersalah memang macam tu.
ok, last sekali ni. Aduhh paling lain aku rasa dia.. Sebenarnya aku tak confess lagi dengan mamat sorang ni sebabnya I AM NOT A GOOD PERSON for him laa. Tapi aku selalu menunjukkan effort aku laa yang aku suka usha diaa. Sampai aku bagi gambar polaroid dengan dia uishh macam tu sekali yerr. Last-last dia dapat tahu aku CRUSH kat dia, dia dapat detect sendiri. aku pun tak tahu sama ada dia sedar kewujudan yang aku usha dia ke apa. Sampai pernah satu tahap aku kena suruh jadi pengacara majlis untuk last perhimpunan tau. Aku suka laa part tu sebab pengacara majlis formal memang bahagian aku. Balik-balik meeting kan jumpa dia aku rasa hati aku semakin membuak-buak. huuuu, lepas tu masa jadi facilitator pun aku join juga, aku paling happy dalam hari pemilihan faci tu. nak tau kenapa? sebab dia pun join juga aku macam Ya Allah dia pun ikutt.. Aku happy sangat! ahahhaha
Aku tahu tak semuanya benda berlaku dengan baik. CRUSH adalah bahan yang kita suka kan. Menceriakan hidup orang yang single, bagi aku itu adalah salah satu alternatif kepada kita semua supaya tak stress. Tapi sekiranya usaha kita itu tak sia sia, agak-agak adakah mereka akan menjadi jodoh kita satu hari nanti?
hmm, nak tahu sambungan ?
CRUSH ON TAK ON 3.0
No comments:
Post a Comment