Saturday, May 18, 2019

Salam Ramadhan Kareem

 Ramadhan di perantauan 


Assalamualaikum, 
Hidup sebagai seorang pelajar ni lagi - lagi pelajar universiti ni banyak sangat pengorbanannya. Dulu, aku belajar di matriks sempat lagi berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Tapi sejak dah masuk bachelor degree ni, menempuh hidup sebagai seorang pelajar bukanlah mudah. Pertama kali dalam hidup, aku berpuasa di perantauan, jauh dari keluarga tersayang. Sabah dan semenanjung tu ibarat laut dan sungai hmm. Tapi sama juga kan ikatan jalinan tetap kuat sama juga dengan laut dan sungai. Aliran air yang sama. Walaupun sebenarnya aku dah biasa pun berbuka puasa, sahur sorang-sorang. Tapi bila kenang balik, nampak kawan yang lain semua balik berbuka puasa dengan keluarga. Kelainan hidup universiti ni lain sangat.. Ada something yang kita tak boleh ungkapkan, tak boleh diceritakan kerana ianya sangat menyentuh hati dan sensitiviti dengan kawan-kawan yang lain. 

Nak rasa kesunyian tu tiadalah sebab aku dikelilingi kawan-kawan yang sentiasa sokong aku, jaga aku dengan baik.  Alhamdulillah 💜

Kini, sepanjang ramadhan ni, untuk menghilangkan rasa kesunyian tu, aku join laa usrah ukm. korang boleh follow mereka di ig @usrahukm. ok. kakak - kakak yang buat usrah ni sangatlah baik. sanggup ambik junior mereka di setiap kolej untuk berbuka dan sahring bersama-sama. Alhamdulillah aku sangat bersyukur dapat merasa erti puasa yang penuh dengan makna. Taklah aku depress di bilik sebab kerja yang berlambak tu.

pada mulanya, aku tak berminat pun usrah bagai sebabnya aku jenis tak pandai sangat bab agama ni. Bukan tak beriman, tapi memang tak masuk kalau bab agama tapi tetap ambil tahu ilmu pengetahuan pasal agama. Sampai satu tahap aku rasa aku patut join usrah ni, lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT. Pertama kali aku ikut usrah, berbuka di Masjid Al-Uum Bandar Baru Bangi dengan kawan-kawan. Ya Allah aku sangat teruja masuk ke masjid dan nampak begitu indah perhiasan masjid di ruang solat. Aku rasa tenang bila nampak semua ni depan mata aku . Sebelum kami berbuka sama-sama, kami akan ada satu sharing session di mana menceritakan tentang puasa dengan penceritaan surah-surah dan kisah nabi.







selamat berpuasa uollsss!!


















No comments:

Post a Comment