READING IS SUPER AWESOME
hai kembali lagi bersama saya.. hahh hari ni saya nak cerita pasal amalan membaca buku. Membaca buku ni benda yang sangat berfaedah tauu. Membaca buku dapat membuka minda kita dari meggunakan aplikasi telefon canggih.
Jom, saya nak share sedikit pasal amalan membaca buku ni.
BOLEH DIBANGUNKAN
Adakah kamu masih ingat suatu ketika dahulu, pengangkutan awam kereta api hampir berkubur di Malaysia. Keretapi Tanah Melayu (KTM) mengalami kerugian setiap tahun. Stesen perhentian menjadi semakin usang dimakan usia. Laluan rel ditumbuhi rumput dan semak.
Beberapa laluan seperti Kuala Sepetang-Taiping dan Telok Intan- Kampar ditutup terus. Terbaharu laluan Seremban-Port Dickson ditutup pada tahun 2008. Apakah itu isyarat penghujung riwayat perkhidmatan kereta api?
Tidak semestinya!
Sistem perkhidmatan kereta api dibangunkan semua. Rel dibaiki. Laluan Seremban-Port Dickson dibuka semula. Laluan baharu dirancang. Teknologi baharu diimport masuk. Jenis perkhidmatan dipelbagaikan dan dimajukan. Hari ini perkhidmatan kereta api menjadi antara pengangkutan awam yang utama di negara kita. Inilah hasil inovasi, kreativiti dan pelaburan yang tinggi kerajaan. Sedangkan sebahagian perkhidmatan kereta api hampir di semua negara jiran terus merundum dan benar-benar ditutup seperti Indonesia, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Laos, dan Vietnam. Begitulah dengan buku fizikal.
BUKU LEBIH NIKMAT DIBACA
Membaca di Internet memang nikmat rasanya. satu kejutan budaya bagi generasi muda. Mereka boleh betah duduk berjam-jam di hadapan laptop atau gadget. Namun, membaca menerusi gadget atau Internet tidak sama dengan membaca buku fizikal. Buku jauh lebih nikmat dibaca, bahkan boleh dibaca di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Anda tidak perlu bimbang tentang bateri yang lemah atau tiada akses Internet.
Buku diterbitkan dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut kepelbagaian dan kesesuaian tajuk. Elemen ini mengelakkan kita daripada jemu. Sedangkan gadget hanya memaparkan skrin dengan saiz yang sama. Walaubagaimanapun ada juga kita temui buku kecil atau buku poket berukuran saiz gadget yang menarik untuk dibaca.
Pujangga berkata : " Buku adalah gudang ilmu sedangkan membaca adalah kuncinya." Ungkapan ini menunjukkan bahawa untuk memperoleh ilmu daripada buku, satu-satunya cara adalah dengan membaca.
Membaca menerusi gadget atau Internet dan membaca buku fizikal memang memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pembaca perlu memahami dan menghayati kandungan bahan yang dibaca. Oleh sebab itu, membaca buku menuntun fokus agar kita dapat recall kembali isinya.
Malangnya mata jauh lebih tertarik dan lebih tahan kuat dengan membaca melalui Internet berbanding secara fizikal. Fakta inilah yang menjadikan ulat buku memilih untuk membaca menerusi buku fizikal. Inilah antara realiti yang kita perlu sedar dan akui!