Wednesday, May 29, 2019

tertidur di kelas tu perkara biasa

hai assalamualaikum semua,

saya nak cerita sikit ni pasal " tertidur di kelas itu perkara biasa ". Ahahahha rare kan tajuk kali ni.

tapi apa-apa pun, kita kena laa juga fokus semasa di dalam kelas, ketika cikgu tu mengajar kan. Tapi nak buat macam ehh kalau penat sangat? hmm saya faham kita ni sebagai seorang pelajar perlu memahami antara satu sama lain. Bahkan saya seorang pelajar tahap degree lagi huhu.

Saya nak kongsikan tips macam mana tak tidur di dalam kelas.

1. set masa pukul berapa nak tidur setiap hari. Masa tidur perlu maintain dan tak boleh drag smpai ke entah pagi. Aku selalu set masa pukul 11.30pm. hahh standard laa tu. tapi kalau ada kerja yang kena settlekan, limit sampai jam 12am. hahhh tu paling maksimum. Kalau tak memang kaw kaw aku tertidur dalam kelas.

2. Buat kerja rumah, assignments, projek semuanya kena set masa. ON TIME! siap ke tak siap ke kena berhenti pada waktu nak tidur. Ini ajaran yang aku selalu setkan di kepala aku. Kau kena achieve nak siap on time, jadi kau boleh buat benda lain. Tak kisah pun.

3. sarapan pagi paling penting tau. Aku tahu kalau lewat nak pergi kelas, esti ada yang tak sarapan pagi kann. hahhh tu yang buat kau lagi mengantuk sebenarnya. Aku selalu kalau tak sempat nak sarapan, dalam beg wajib ada bekalan makanan macam roti ke biskut ke untuk alas perut. Sentiasa bawa air mineral okayyy

hahhh ini je aku paling tekankan! kenapa? sebab kalau tak ikut ajaran paling basic, macam mana kita nak proceed benda lain kann. ok tu je aku share. Good luckss uoolllsss

Sunday, May 26, 2019

kawan super best!!



hai assalamualaikum, hahh ni sebelah aku nama dia syahdiyah. manis je orangnya. Nama glamor dia Dee. Dia bendahari seketeriat siswi. Hahhh menarik kann, orangnya sporting je, menarik perwatakan dia. Kalau berjumpa memang super friendly laaa. Sem ni aku sekelas dengan dia.

Sepanjang perkenalan kami, dia baik sangat. Gambar di atas tu kami membuat pembetangan subjek Citra Falsafah Alam Sekitar. Kumpulan dia dapat tempat kedua. Tahniah beb!

Berliku-liku juga laa nak hadap subjek citra ni, tapi part tu aku tak nak mention sebabnya benda tu perkara pahit aku pernah rasa. Aku nak benda yang buat aku gembira je.

Dalam dunia ni, kau kena ingat satu benda, pilih lah kawan  yang terbaik dan boleh belajar sama-sama. Bukannya tunjuk belang tanduk kau!

Berita gembira buat dia, Dia dapat menyambung dalam bidang perakaunan. Alhamdulillah. Bangga sangat dengan dia. Jadi tempoh pengajian dia selama 4 tahun. Insha allah bakal menjadi akauntan. Amin

hahh ni je lahh coretan akuu, Dee , love you!

Kawan dunia akhirat episode 1

hikmah .... Elyana ..... Pipah 

hai assalamualaikum semua, hahh ni kali aku nak cerita pasal kawan baik aku di Sabah. Alhamdulillah. Kawan hampir 7 tahun jugaa. Sebenarnya kawa aku ada 5 orang tapi 2 orang lagi nanti aku cerita. 

Gambar di atas tu sewaktu aku cuti midsem, 2 orang ni je available waktu tu sebabnya yang lain busy. sorang di kk, Sorang lagi tengah exam di poli. Waktu ni aku lawat pipah sebab dia sakit. Aku sanggup datang melawat dia. Yelahhh apabila kawan tengah susah, dari situ lah kau akan kenal mana satu erti kawan, dan lawan. Aku lagi suka jumpa kawan-kawan aku ni, sebabnya bonding kami kuat gila-gila. Sampai semua ibu bapa kami kenal sudah kawan-kawannya. Semoga ikatan persahabatan ni sehingga ke jannah. Amin

Dalam antara 5 orang, aku lah yang paling awal masuk ke alam Universiti sebabnya aku ambil laluan risiko dan nak cut tempoh masa pengajian aku. Selepas habis SPM, aku melanjutkan pelajaran di matriks, Kolej Matrikulasi Labuan. Di sana aku belajar dengan tempoh kurang dari setahun. Kiranya fast to track nak masuk Uni. Selepas tu, Alhamdulillah aku dapat melanjutkan pelajaran aku tahap degree di uni, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Masa aku masuk matriks, 2 orang ciput ni ahahaha masuk tingkatan 6. lebih kurang je macam di matriks cuma bezanya mereka 1 tahun lebih. 2 kakak yang aku sayang ni Alhamdulillah akhirnya graduate dari tingkatan 6 dengan result yang terbaik. 

Apa-apa yang berlaku terhadap kawan-kawan aku ni, aku balik ja Sabah mesti jumpa mereka walaupun dalam masa yang singkat. Nak tahu kenapa? Aku pegang dengan prinsip, susah sama-sama, senang sama sama. Walaupun aku tahu haluan aku di atas mereka, tapi aku selalu mendorong mereka untuk ke atas bersama-sama. Menjadi orang yang berjaya sama-sama kan

Kawan ni ibarat binatang dengan manusia. Sekiranya kuat ikatan tu, itulah kawan kau dunia akhirat. Walaupun masa sekolah dulu mereka ni pernah buli aku, tapi ye laa sekolah kan. Sampai sekarang, aku tetap ambil peduli dengan 2 makcik ni. Sekiranya kita tiada pendamping atau orang yang beri kau sokongan, itu lah gunanya sebagai kawan. 

Aku sayang gila-gila dengan hikmah dan pipah ni. Semoga berjaya sayang-sayang. Good luck in you future ok. 

Roommate Terbaik


 hai assalamualaikum semua, hah hari ni aku nak cerita pasal rumet aku. Nama dia Reina. asl dari Kajang. Sepanjang kami berkenalan nak dekat setahun ni, dia lah one of the best roommate ever yang pernah aku jumpa. Sudahlah satu kepala, satu hati, memang masuk air sama-sama uishhh nasiblah crush lain-lain. Aku admired dia sangat-sangat kenapa? sebabnya dia tidak pernah kata tidak kepada semua benda. Selalu berhati ikhlas, bantu orang, dermawan pulak tu. Lagi-lagi aku orang Sabah ni hmm ceritanya semua aku kena berdikari tapi dengan berkat dihadiahkan rumet seperti dia. Aku terharu sangat! Reina ni banyak bantu aku kalau aku ditimpa kesusahan, mummy dia kadang-kadang bagi makanan lagi, aku tak pernah berkira dengan dia. Sebabnya dia banyak membantu aku. Aku harap sangat relationship as bestfriend ni hingga ke akhir hayat ye. 

biodata diri beliau:_
nama : Nur Izaah Qamarina Binti Omar
tarikh lahir : 31 mei 1999 ( hahh agak-agak laa umur dia berapa sangat)\
asal: kajang 
bidang : mikrobiologi 
adik beradik : 2 orang je, adik dia asasi UM, sekarang tengah menunggu panggilan

hahhh ni serba sedikit aku boleh share pasal dia, susah senang kami selalu bersama. Setiap hujung minggu dia balik rumah yelaaa rumah kan dekat. Aku tak halang dia balik rumah sebabnya bagi aku selagi ada ibu bapa, kerap laa berjumpa dengan mereka. Aku tahu benda ni sebenarnya buat aku lagi kuat cemburu tapi aku positif je, ada hikmahnya kenapa aku belajar di semenanjung. 

24/05/19 (jumaat), aku dengan reina akhirnya keluar sama-sama setelah hampir setahun jadi rumet. ahahahhaa lama gilerrr siut. Bukan apa, masing-masing kan sibuk dengan fakulti, mana lagi kerja rumah, assignments, projek tu pun belum masuk lagi program kolej. Aku dengan Reina memang antara orang kuat kolej sebabnya kami aktif nak mampus. Sampai tahap nak pengsan wehhh. Stress pun sama-sama. 

Ehh tau-tau dah nak masuk tahun 2, huhu semakin sibuk laa kami berdua. yelaa, bukan sama fakulti. apatah lagi bidang kan. aku ekonomi, dia mikrobiologi memang tak sama laa. Bonding tetap kuat no matter what kan. 

Aku bersyukur sangat dikurniakan rumet macam Reina di UKM ni. Alhamdulillah. 

Friday, May 24, 2019

MEMORI 2016


zaman kegemilangan pengawas sewaktu di sekolah SMK ST Paul Beaufort. Sangat merindui mereka. Waktu ni saya menjadi seorang setiausaha pengawas. Biru gittew kann

ini adalah potret saya menjadi kenagan yang terindah pada tahun 2016. Memori terindah yang pernah saya ada. Sekarang semuanya mempunyai kehidupan masing-masing. Semoga mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sekian, sayang elyana

ALADDIN episode 2

Aladdin tersekat di gua bersama dengan Abu. Aladdin memikirkan cara untuk keluar dari gua tersebut. Namun, dia terlihat lampu tersebut dan ingin tahu kenapa Jafar sangat memerlukan lampu tersebut. Apabila Aladdin mengosok lampu tersebut, tiba-tiba jin bewarna biru keluar dari lampu tersebut. Aladdin terkejut dan tidak tahu siapakah jin tersebut. Jin tersebut sangat pelik kepada Aladdin dan menjelaskan dia diberikan 3 permintaan sahaja untuk ditunaikan. Jin menjelaskan sambil menyanyi dan menari.

Permintaan pertama Aladdin adalah ingin keluar dari gua tersebut. Jin pun menghayati hajat tersebut dan menunaikannya. Mereka semua berada di luar dari gua. Padang pasir yang begitu luas. Jin tersebut sangat menyukai Aladdin. Aladdin meneruskan dengan permintaan keduanya. Permintaanya itu ingin menjadi seorang Putera agar dapat mendekati dengan Puteri Jasmine. Jin tersebut menunaikan hajatnya dengan menukarkan penampilannya dan membangkitkan rakyat negaranya sendiri iaitu Puteri Ali dari Ababwa.

Mereka datang ke negara Agrabah dengan penuh meriah dan Abu dijadikan sebagai gajah untuk penunggang Aladdin. Mereka datang dengan penuh semangat dan ingin berjumpa dengan Sultan. Jin sebagai pengawal peribadi Putera Ali. Apabila mereka datang ke istana, Sultan menjemput mereka semua pergi ke majlis makan malam. Aladdin yang berpura-pura menjadi Putera Ali berasa segan kerana beliau tidak tahu adat istiadat di istana.

Sewaktu makan malam, Jafar melihat Putera Ali seperti orang yang dia kenali. Putera Ali mempelawa Puteri Jasmine untu menari bersama. Dia melihat kelibat Putera Ali begitu dramtik sekali dalam tarian. Jin membantu Putera Ali menari dengan baik dengan menggunakan magiknya. Semua orang bertepuk tangan dan bangga kepada Putera Ali. Putera Ali tidak dapat berkata-kata dengan Putera Jasmine. Lalu, Aladdin meminta bantuan Jin agar membantunya. Jin pergi ke bilik Puteri Jasmine dan berjumpa dengan Dalia untuk mengajak dia keluar. Dalia bersetuju dan berlalu pergi. Kemudiannya, Aladdin berjumpa dengan Puteri Jasmine. Aladin bawa dia keluar dengan menaiki karpet terbang. Puteri Jasmine sangatlah bahagia kerana dapat melihat rakyatnya yang begitu hidup bebas. Lalu, dia dapat mengetahui bahawa Putera Ali adalah Aladdin.

apakah yang berlaku kepada mereka berdua?
Sambungan Aladdin episode 3

ALADDIN episode 1

hai semua,

dah tengok Aladdin ke uolls? Saya dah tengok, Ya allah best gilerrr!! saya bagi 10/10 tauu. Cerita Disney memang semua best-best tauu. Tak rugi tengok. So please pergi tengok cepat-cepat tauuuu.

kisah Aladdin macam ni..

Ada 2 orang anak lelaki dan perempuan melihat sebuah kapal besar lalu bersisihan dengan kapal mereka di lautan. Kemudiannya mereka bercita-cita ingin memiliki kapal sebesar itu. Ayahnya bercerita mereka boleh memiliki kapal itu dengan hati ikhlas. Di dalam kapal tersebut mereka sekeluarga dan beberapa pekerja di kapal tersebut. Ayahnya memulakan penceritaannya sambil menyanyi dan menari.

Satu hari ada seorang jejaka tampan ni bernama Aladdin dan beliau adalah antara orang-orang yang miskin, tidak memiliki harta seperti pedagang yang lain. Aladdin seorang pencuri yang handal di kampung tersebut baginya itu adalah mudah. Ketika di pasar, seorang wanita terlihat 2 orang budak melihat roti tersebut dengan keinginan ingin memakannya tapi mereka tidak mampu. Kemudian, wanita itu mengambil roti tersebut dan memberikan kepada 2 orang budak tersebut. Lalu, pedagang roti itu memarahi wanita itu kerana mencuri rotinya. Wanita itu mempertahankan budak-budak tersebut dan dirinya. Pedagang tersebut menyuruh untuk membayar roti tersebut. Aladdin datang dan membantu wania itu setelah melihat pedagang meronta-ronta supaya dibayar. Aladdin berkata dia akan cuba membantunya tetapi meminta pinjam gelang emas tersebut. Aladdin memberikan gelang tersebut kepada pedagang itu dan pergi. Pedagang itu berasa senang hati dan selepas itu, apabila beliau mencari gelang itu, tidak ada padanya dan berkata pencuri kepada Aladdin. Aladdin melarikan diri dengan wanita itu di seluruh pelosok Bandar Agrabah. Mereka dikejar oleh para pengawal sehingga mereka pergi tempat tinggal Aladdin di atas bangunan yang tinggi. Aladdin tinggal bersama dengan monyetnya Abu.

Wanita itu sangat kahgum dengan Aladdin yang begitu licik di pasar tadi. Apabila wanita itu ingin pergi, dia ingin memiliki semula gelang tersebut tetapi Aladdin tidak dapat mengembalikan kerana Abu menyimpannya. Wanita itu sangat kecewa kerana gelangnya dicuri oleh pencuri tersebut. Aladdin berasa sangat kecewa dan menyesal.

Setelah wanita itu pergi, beliau terpaksa kembali ke pangkuan keluarga di istana. Ada kerabat putera diraja datang melawat ke istana kerana ingin melamar puteri Jasmine sebagai isterinya. Tetapi Puteri Jasmine bukanlah orang yang mudah jatuh cinta dengan mana-mana lelaki. Puteri Jasmine tidak pandang terhadap harta mereka. Oleh itu, Putera Jasmine dipaksa untuk berkahwin dengan para putera lelaki yang melamarnya supaya dapat memerintah menjadi Sultan. Sultan lah yang akan memerintah negara Agrabah.

Puteri Jasmine tidak dapat melepaskan diri daripada laluan istana kerana Sultan tidak mahu anaknya ke mana-mana. Puteri Jasmine tidak dapat merasakan kehidupan rakyatnya di negara Agrabah yang hidup bebas. Dia memiliki dayang yang bernama Dalia. Puteri Jasmine akan selalu bercerita dengan Dalia apabila dia ditimpa kesusahan. Tiba-tiba, Aladdin datang melalui balkoni Puteri Jasmine di istana, untuk memberikan gelangnya yang hilang itu. Aladdin merasakan dia suka kepada wanita yang dia jumpai di pasar tadi. Aladdin tidak tahu Puteri Jasmine itu ada seorang puteri tapi bahkan menggelarnya seorang dayang kepada Puteri tersebut. Dalia pula terpaksa berlakon menjadi Puetri Jasmine di hadapan Aladdin.

Sewaktu Aladdin ingin keluar dari istana, pengawal Jafar telah menahan Aladdin dan menangkap beliau. Aladdin dibawa ke padang pasir di mana ada sebuah gua yang menyeramkan berbentuk singa. Jafar menyuruh Aladdin untuk memasuki di dalam untuk mengambil sebuah lampu ajaib. Aladdin diberikan peluang untuk mengambil lampu ajaib tersebut dan apabila dia memasuki gua tersebut. Terdapat banyak harta karun yang tersembunyi di dalam gua tersebut. Emas, berlian dan sebagainya. Aladdin dan Abu cuba untuk mengelakkan dipengaruhi oleh harta karun dan mengambil lampu itu sahaja. Lampu tersebut terletak di puncak di mana Aladdin terpaksa mendaki untuk mendapatkannya. Abu terlihat harta karun di hadapannya lalu memegang berlian tersebut. Gua tersebut menjadi huru hara dan menyebabkan Aladdin jatuh dari puncak sambil memegang lampu tersebut. Gua tersebut mengeluarkan lava berapi dan menyebabkan Aladdin tidak dapat mengeluarkan dirinya dari gua tersebut. Jafar tidak membantu Aladdin dengan tidak menghulurkan tangannya untuk menarik Aladdin. Sebaliknya, selepas mendapatkan lampu, Jafar menolak dengan menggunakan kakinya supaya Aladdin jatuh dan mati di gua tersebut.

Apakah yang berlaku kepada Aladdin?
Sambungan Aladdin episode 2