Tuesday, June 4, 2019

Unduk Ngadau Kaamatan 2019

Unduk Ngadau Kaamatan Negeri Sabah 2019


Karambunai's Francisca Ester Nain is the 2019 Unduk Ngadau (harvest queen). The 25 years old was crowned by last year's winner Hosiani Keewon here on Friday (may 31). The second and third winners were Pantai Manis's Annette Rabecca Januin @ Abdon and Leticia Casianus Bansin of Penampang. Francisca beat 64 presentatives, proving that she was not only the most beautiful of all, but the smartest, and one who truly knows her own ethic culture.

She was one of the few who spoke fully in the native Dusun Language during the question and answer session while the other finalist mostly spoke in Bahasa Melayu. She will bring home RM100,000 worth of prizes including RM18,000 cash, scholarship  from Sidma College and Unirazak, return flight tickets to Japan and Seoul, South Korea, as well as other goodies. The second and third place winners bring home prizes worth RM70,000 and RM50,000 respectively. Both will also receive scholarship from Sidma College and Unirazak, flight tickets to different destinations and other goodies. The fourth, fifth, sixth and seventh place winners are from Tamparuli, Kundasang, Tandek, and the Klang Valley.

Monday, June 3, 2019

The Face of Beauty Health (Guardian)

hye guys, i gonna tell my something about my secret that i am one of the participate of The Face of Beauty Health in Guardian.

So, this my response from question that Guardin been asked me before...

Why I want to be The Face of Beauty Health because I have never imagined myself being a role model for this kind of opportunity in my life. I am 20 years old and a full-time student in UKM and taking the course of Economics. Every day I go to attend my classes and never skipped to put my make up on my face.  It helps me a lot to build the synergy and confidence level and also to make people knowing you that you are an independent girl in a huge university. To be honest, I am love to make up and it makes me feel so happy. Besides, every time, I go to the mall to buy something, I've never missed Guardian to try to use any products in there especially lipsticks, lip matte, and so on. One of my favorite habits and that's a girl for nowadays.

So, please pray for me that i really want to be part of Guardian and being The Face of Beauty Health for the first time in my life.




Sunday, June 2, 2019

Membaca Buku Adalah Lebih Baik

READING IS SUPER AWESOME 


hai kembali lagi bersama saya.. hahh hari ni saya nak cerita pasal amalan membaca buku. Membaca buku ni benda yang sangat berfaedah tauu. Membaca buku dapat membuka minda kita dari meggunakan aplikasi telefon canggih.

Jom, saya nak share sedikit pasal amalan membaca buku ni.

BOLEH DIBANGUNKAN 


Adakah kamu masih ingat suatu ketika dahulu, pengangkutan awam kereta api hampir berkubur di Malaysia. Keretapi Tanah Melayu (KTM) mengalami kerugian setiap tahun. Stesen perhentian menjadi semakin usang dimakan usia. Laluan rel ditumbuhi rumput dan semak.

Beberapa laluan seperti Kuala Sepetang-Taiping dan Telok Intan- Kampar ditutup terus. Terbaharu laluan Seremban-Port Dickson ditutup pada tahun 2008. Apakah itu isyarat penghujung riwayat perkhidmatan kereta api?

Tidak semestinya!

Sistem perkhidmatan kereta api dibangunkan semua. Rel dibaiki. Laluan Seremban-Port Dickson dibuka semula. Laluan baharu dirancang. Teknologi baharu diimport masuk. Jenis perkhidmatan dipelbagaikan dan dimajukan. Hari ini perkhidmatan kereta api menjadi antara pengangkutan awam yang utama di negara kita. Inilah hasil inovasi, kreativiti dan pelaburan yang tinggi kerajaan. Sedangkan sebahagian perkhidmatan kereta api hampir di semua negara jiran terus merundum dan benar-benar ditutup seperti Indonesia, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Laos, dan Vietnam. Begitulah dengan buku fizikal.

BUKU LEBIH NIKMAT DIBACA


Membaca di Internet memang nikmat rasanya. satu kejutan budaya bagi generasi muda. Mereka boleh betah duduk berjam-jam di hadapan laptop atau gadget. Namun, membaca menerusi gadget atau Internet tidak sama dengan membaca buku fizikal. Buku jauh lebih nikmat dibaca, bahkan boleh dibaca di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Anda tidak perlu bimbang tentang bateri yang lemah atau tiada akses Internet.

Buku diterbitkan dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut kepelbagaian dan kesesuaian tajuk. Elemen ini mengelakkan kita daripada jemu. Sedangkan gadget hanya memaparkan skrin dengan saiz yang sama. Walaubagaimanapun ada juga kita temui buku kecil atau buku poket berukuran saiz gadget yang menarik untuk dibaca.

Pujangga berkata : " Buku adalah gudang ilmu sedangkan membaca adalah kuncinya." Ungkapan ini menunjukkan bahawa untuk memperoleh ilmu daripada buku, satu-satunya cara adalah dengan membaca.

Membaca menerusi gadget atau Internet dan membaca buku fizikal memang memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pembaca perlu memahami dan menghayati kandungan bahan yang dibaca. Oleh sebab itu, membaca buku menuntun fokus agar kita dapat recall kembali isinya.

Malangnya mata jauh lebih tertarik dan lebih tahan kuat dengan membaca melalui Internet berbanding secara fizikal. Fakta inilah yang menjadikan ulat buku memilih untuk membaca menerusi buku fizikal. Inilah antara realiti yang kita perlu sedar dan akui!

The Story of Majestic Banyuwangi

Hai assalamualaikum to all my readers,

The history of Kemiren dated way back to the time of the fallen days of Majapahit Kingdom. Where many of the population fled to various region to start a new life. The ancestors of the Osing then resides in the eastern part of Java named Banyuwangi and promptly established the Blambangan Kingdom. They declined to move back to Majapahit, and therefore named as the "Osing" people, which in their language means "no". After 200 years of glory, the Hindu Buddhist culture of Blambangan then overthrown by the rapid growth of Islam, which lead to the new reign of the Islamic Mataram Kingdom. 

During the independence war in the 1800s, Cungking village was where the Osing people originally dwells, but Cungking was gradually abandoned as people were running away from the Dutch troops to a densely forested area nearby. There were so many Kemiri and Duren (Durian) trees growing on the thick forest, that soon became their new home. They settle down and named their village after both tress, Kemiri-Duren merged as Kemirin. Immersing yourself in the local culture of Kemirin Osing Tourism Village. Complement it with a cup of Banyuwangi specialty coffee, processed using traditional methods. But beyond its specialty coffee and the hospitality of the surrounding community, you will also be awed by the Tarian Gandrung performance often held in Taman Gandrung statues will add more colors to your holiday around the Kemiren Osing Tourism Village. 

Banyuwangi will be unforgettable holiday experience for you. Especially as access is easier that ever with direct flights. From Jakarta and Surabaya, flights are now available for three roulets per day to Banyuwangi. It will take around 40 minutes drive from Blimbingsari Airport, and you can get to Kemiren Osing Tourism Village in Kemiren by rental cars with local guides. 

Don't miss the amazing holiday experience in Banyuwangi!

KAWAN SABAHAN SAYAAAAA

hai assalamualaikum, hahhh saya mau kongsi sahabat sabah saya di semenanjung ni..

SUMANDAK SABAH SEMUANYA LAWA-LAWA. 

KINA, FITRI, NANA, IDAH, ECHA

hahh ni laa kami sekumpulan pelajar yang sama intake masuk, sama kos, sama fakulti lagi. Alhamdulillah. mehh aku mau cerita sikit ni pasal kawan-kawan aku. hahhh

yang hujung sekali tu namanya KINA, Dia asal dari Kota Belud. Jauhkann. Aku start kenal KINA dari PERMIS (persatuan sabah ukm). Kalau bonding dengan dia memang awesome! Dia satu-satunya kawan yang paling laju bercakap. Pandai ni, tapi tu laa dia selalu cakap dia tidak perform. hmm. Dia ja kawan yang tinggal di KKM. Kami semua di KUO. 

Fitri pulaa hahhh dia special person sebab dia pandai cakap cina. Keluarga dia campur-campur tauu. Bangsa dia kadazan + jawa. Asal orang papar, Sabah. Mama bapa dia suka berjual tu di Bazaar ramadhan. Demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak mereka kann. Layankan jalaaa. Update drama selalu. Budak pandai ba ni tapi tu laa dia suka cakap tidak faham hmm apa laa fit ni 

idah pula, seorang kawan yang muslimin sikit. Tengok la tudungnya hahh. Orang kuat surau, beruntung aku ada diaa. Selalu mengingat aku pasal tuhan juga. Jadi aku kurang juga jahil-jahil ni. Orangnya baik sahaja, bersederhana tapi kalau dia pergi membeli belah hmm kau, lebih-lebih dari aku tuu. Hahh nasib laa ada kawan macam ni.

Echa pula asal orang tawau. Kecik-kecik jaa orangnya. Pemalu lagi orangnya. Dia tak boleh bersendirian mesti minta berkawan. Kelat tawau dia memang kelat habis tu. Sampai aku pun kadang-kadang tak faham apa yang dia cuba bagi tahu ahahaha.


sekian, kawan sabahan saya di ukm 

Thursday, May 30, 2019

GERAM TAK KENA CONDEMN?

hai semua, hari ini aku tanya pendapat kepada yang membaca blog ni..

pernah tak kena condemn oleh kawan? maksud apa yang dia nak, semua orang kena ikut cara dia. Tapi jujur aku cakap aku tak suka orang macam tu. Ikut suka dia je, bukan tanya pendapat orang lain lepas tu menyusahkan orang. ok cerita dia macam ni, aku join satu program mobiliti ni. Lepas tu, kami memang ada meeting 2 kali seminggu. Part kerja aku pun berat juga, jadi logistik kot. Banyak ok. Lepas tu, ada satu lelaki india ni mula-mula tu aktif nak mampus, bukan main lagi setiap kali meeting, dia laa orang yang paling bersungguh-sungguh. Selepas masuk tahun 2019, kebanyakkan orang-orang dalam program tu semakin menjadi pemalas. Bukan malas, tapi tidak datang meeting la apa laa. Aku jeles laa kenapa orang macam tu tidak komit dengan kerja yang dia buat. Lepas tu, orang yang aku anti sangat ni, dulu dia bahagian IR irrelation relationship laa. Ada connected dengan mana-mana perhubungan luar. Tapi entah datang perangai gila dia tu, dia suka buat kerja main condem2 orang. Baru-baru ni, isnin lepas ada meeting rasmi dengan para penasihat kami. Aku tidak ikut sebab malam tu aku ada exam online yang satu soalan mau karang ayat 1500 patah perkataan. Bahagian B lagi mau 2500 patah perkataan. Nampaknya aku tidak tidur satu malam, esoknya aku ada exam mikro lagi. wah memang gila masa tu. Okay. perjalanan meeting tu berjalan dengan lancar tapi kali ni tanpa aku. Tiba-tiba malam tu dia mau tukar location la, pembayaran ngo tu tidak relevan la. Whattt? Semuanya mau minta tukar, suka-suka hati dia ja minta tukar. Nasib laa wakil logistik datang si fara tuu. Sebab aku memang harapkan dia ja. Memang laa kerja IR tu susah tapi yang dia pergi sibuk sangat dengan kerja aku kenapa? lolss. Macam laa dia yang pergi jumpa NGO tuu. Aku harap sangat orang yang aku tak suka ni, baca blog akuu. Terima kasih.

Wednesday, May 29, 2019

APAKAH ITU DOULA?

DOULA?? APA TU?

hahhh Doula ni macam bidan hahh. cumanya bidan kerjanya tak spesifik, hanya umur je. Bidan tau memberanak bayi mak mak je. Kalau Doula pula, dari sebelum lahir sehingga anak lahir dengan rawatan susulan.

Doula ni telah menjadi isu viral di Malaysia bulan lepas. Yang dikatakan Doula tidak boleh digunakan di Malaysia disebabkan fator-faktor berikut. Antaranya adalah:_

  • Doula tidak mempunyai kemahiran tahap profesional
  • tidak menjamin keselamatan 
  • tiada dalam undang-undang negara Malaysia 
  • membahayakan Ibu mengandung 
  • kesan buruk kepada negara 
  • statistik kematian bayi meningkat 
  • dan lain-lain  

doula ni ibarat kawan baik kepada ibu mengandung, hahhh dan setiap apa yang dilakukan oleh doula mengikut persetujuan ibu mengandung akan di kenakan bayaran. dan bayaran Doula sangat lah mahal. Tapi sangat berbaloi kepada ibu mengandung yang menginginkan terbaik kepada si kecil. 


Puisi Perantauan dari Sabah

dengarkan suara perantauan dari Sabah....



lautan dunia aku beterbangan, 
demi masa depan aku melangkah
terpaksa tinggalkan permata hati
kenang sentiasa di jiwa dan raga

jauh saya pergi 
tinggalkan rumah menapak kaki
jauh dari orang yang saya sayangi
mencintai dan merindui ku

peluh derita kuhadapi
pahit manis yang ku hadapi
namun tetap saya jalani
demi kesuksesaan, semoga tiba kuhampiri

hari berganti hari
minggu berganti minggu
bulan berganti bulan 
tahun berganti tahun

rasa sayang semakin kuat
jalani hidup penuh sendiri
demi masa depan yang pasti
demi orang yang saya kasihi

tidur di kegelapan sepi 
demi mencekam diri
mirip sikit tertusuk diri
demi harapan yang ingin kukecapi



sekian, 

tertidur di kelas tu perkara biasa

hai assalamualaikum semua,

saya nak cerita sikit ni pasal " tertidur di kelas itu perkara biasa ". Ahahahha rare kan tajuk kali ni.

tapi apa-apa pun, kita kena laa juga fokus semasa di dalam kelas, ketika cikgu tu mengajar kan. Tapi nak buat macam ehh kalau penat sangat? hmm saya faham kita ni sebagai seorang pelajar perlu memahami antara satu sama lain. Bahkan saya seorang pelajar tahap degree lagi huhu.

Saya nak kongsikan tips macam mana tak tidur di dalam kelas.

1. set masa pukul berapa nak tidur setiap hari. Masa tidur perlu maintain dan tak boleh drag smpai ke entah pagi. Aku selalu set masa pukul 11.30pm. hahh standard laa tu. tapi kalau ada kerja yang kena settlekan, limit sampai jam 12am. hahhh tu paling maksimum. Kalau tak memang kaw kaw aku tertidur dalam kelas.

2. Buat kerja rumah, assignments, projek semuanya kena set masa. ON TIME! siap ke tak siap ke kena berhenti pada waktu nak tidur. Ini ajaran yang aku selalu setkan di kepala aku. Kau kena achieve nak siap on time, jadi kau boleh buat benda lain. Tak kisah pun.

3. sarapan pagi paling penting tau. Aku tahu kalau lewat nak pergi kelas, esti ada yang tak sarapan pagi kann. hahhh tu yang buat kau lagi mengantuk sebenarnya. Aku selalu kalau tak sempat nak sarapan, dalam beg wajib ada bekalan makanan macam roti ke biskut ke untuk alas perut. Sentiasa bawa air mineral okayyy

hahhh ini je aku paling tekankan! kenapa? sebab kalau tak ikut ajaran paling basic, macam mana kita nak proceed benda lain kann. ok tu je aku share. Good luckss uoolllsss

Sunday, May 26, 2019

kawan super best!!



hai assalamualaikum, hahh ni sebelah aku nama dia syahdiyah. manis je orangnya. Nama glamor dia Dee. Dia bendahari seketeriat siswi. Hahhh menarik kann, orangnya sporting je, menarik perwatakan dia. Kalau berjumpa memang super friendly laaa. Sem ni aku sekelas dengan dia.

Sepanjang perkenalan kami, dia baik sangat. Gambar di atas tu kami membuat pembetangan subjek Citra Falsafah Alam Sekitar. Kumpulan dia dapat tempat kedua. Tahniah beb!

Berliku-liku juga laa nak hadap subjek citra ni, tapi part tu aku tak nak mention sebabnya benda tu perkara pahit aku pernah rasa. Aku nak benda yang buat aku gembira je.

Dalam dunia ni, kau kena ingat satu benda, pilih lah kawan  yang terbaik dan boleh belajar sama-sama. Bukannya tunjuk belang tanduk kau!

Berita gembira buat dia, Dia dapat menyambung dalam bidang perakaunan. Alhamdulillah. Bangga sangat dengan dia. Jadi tempoh pengajian dia selama 4 tahun. Insha allah bakal menjadi akauntan. Amin

hahh ni je lahh coretan akuu, Dee , love you!

Kawan dunia akhirat episode 1

hikmah .... Elyana ..... Pipah 

hai assalamualaikum semua, hahh ni kali aku nak cerita pasal kawan baik aku di Sabah. Alhamdulillah. Kawan hampir 7 tahun jugaa. Sebenarnya kawa aku ada 5 orang tapi 2 orang lagi nanti aku cerita. 

Gambar di atas tu sewaktu aku cuti midsem, 2 orang ni je available waktu tu sebabnya yang lain busy. sorang di kk, Sorang lagi tengah exam di poli. Waktu ni aku lawat pipah sebab dia sakit. Aku sanggup datang melawat dia. Yelahhh apabila kawan tengah susah, dari situ lah kau akan kenal mana satu erti kawan, dan lawan. Aku lagi suka jumpa kawan-kawan aku ni, sebabnya bonding kami kuat gila-gila. Sampai semua ibu bapa kami kenal sudah kawan-kawannya. Semoga ikatan persahabatan ni sehingga ke jannah. Amin

Dalam antara 5 orang, aku lah yang paling awal masuk ke alam Universiti sebabnya aku ambil laluan risiko dan nak cut tempoh masa pengajian aku. Selepas habis SPM, aku melanjutkan pelajaran di matriks, Kolej Matrikulasi Labuan. Di sana aku belajar dengan tempoh kurang dari setahun. Kiranya fast to track nak masuk Uni. Selepas tu, Alhamdulillah aku dapat melanjutkan pelajaran aku tahap degree di uni, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Masa aku masuk matriks, 2 orang ciput ni ahahaha masuk tingkatan 6. lebih kurang je macam di matriks cuma bezanya mereka 1 tahun lebih. 2 kakak yang aku sayang ni Alhamdulillah akhirnya graduate dari tingkatan 6 dengan result yang terbaik. 

Apa-apa yang berlaku terhadap kawan-kawan aku ni, aku balik ja Sabah mesti jumpa mereka walaupun dalam masa yang singkat. Nak tahu kenapa? Aku pegang dengan prinsip, susah sama-sama, senang sama sama. Walaupun aku tahu haluan aku di atas mereka, tapi aku selalu mendorong mereka untuk ke atas bersama-sama. Menjadi orang yang berjaya sama-sama kan

Kawan ni ibarat binatang dengan manusia. Sekiranya kuat ikatan tu, itulah kawan kau dunia akhirat. Walaupun masa sekolah dulu mereka ni pernah buli aku, tapi ye laa sekolah kan. Sampai sekarang, aku tetap ambil peduli dengan 2 makcik ni. Sekiranya kita tiada pendamping atau orang yang beri kau sokongan, itu lah gunanya sebagai kawan. 

Aku sayang gila-gila dengan hikmah dan pipah ni. Semoga berjaya sayang-sayang. Good luck in you future ok. 

Roommate Terbaik


 hai assalamualaikum semua, hah hari ni aku nak cerita pasal rumet aku. Nama dia Reina. asl dari Kajang. Sepanjang kami berkenalan nak dekat setahun ni, dia lah one of the best roommate ever yang pernah aku jumpa. Sudahlah satu kepala, satu hati, memang masuk air sama-sama uishhh nasiblah crush lain-lain. Aku admired dia sangat-sangat kenapa? sebabnya dia tidak pernah kata tidak kepada semua benda. Selalu berhati ikhlas, bantu orang, dermawan pulak tu. Lagi-lagi aku orang Sabah ni hmm ceritanya semua aku kena berdikari tapi dengan berkat dihadiahkan rumet seperti dia. Aku terharu sangat! Reina ni banyak bantu aku kalau aku ditimpa kesusahan, mummy dia kadang-kadang bagi makanan lagi, aku tak pernah berkira dengan dia. Sebabnya dia banyak membantu aku. Aku harap sangat relationship as bestfriend ni hingga ke akhir hayat ye. 

biodata diri beliau:_
nama : Nur Izaah Qamarina Binti Omar
tarikh lahir : 31 mei 1999 ( hahh agak-agak laa umur dia berapa sangat)\
asal: kajang 
bidang : mikrobiologi 
adik beradik : 2 orang je, adik dia asasi UM, sekarang tengah menunggu panggilan

hahhh ni serba sedikit aku boleh share pasal dia, susah senang kami selalu bersama. Setiap hujung minggu dia balik rumah yelaaa rumah kan dekat. Aku tak halang dia balik rumah sebabnya bagi aku selagi ada ibu bapa, kerap laa berjumpa dengan mereka. Aku tahu benda ni sebenarnya buat aku lagi kuat cemburu tapi aku positif je, ada hikmahnya kenapa aku belajar di semenanjung. 

24/05/19 (jumaat), aku dengan reina akhirnya keluar sama-sama setelah hampir setahun jadi rumet. ahahahhaa lama gilerrr siut. Bukan apa, masing-masing kan sibuk dengan fakulti, mana lagi kerja rumah, assignments, projek tu pun belum masuk lagi program kolej. Aku dengan Reina memang antara orang kuat kolej sebabnya kami aktif nak mampus. Sampai tahap nak pengsan wehhh. Stress pun sama-sama. 

Ehh tau-tau dah nak masuk tahun 2, huhu semakin sibuk laa kami berdua. yelaa, bukan sama fakulti. apatah lagi bidang kan. aku ekonomi, dia mikrobiologi memang tak sama laa. Bonding tetap kuat no matter what kan. 

Aku bersyukur sangat dikurniakan rumet macam Reina di UKM ni. Alhamdulillah. 

Friday, May 24, 2019

MEMORI 2016


zaman kegemilangan pengawas sewaktu di sekolah SMK ST Paul Beaufort. Sangat merindui mereka. Waktu ni saya menjadi seorang setiausaha pengawas. Biru gittew kann

ini adalah potret saya menjadi kenagan yang terindah pada tahun 2016. Memori terindah yang pernah saya ada. Sekarang semuanya mempunyai kehidupan masing-masing. Semoga mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sekian, sayang elyana

ALADDIN episode 2

Aladdin tersekat di gua bersama dengan Abu. Aladdin memikirkan cara untuk keluar dari gua tersebut. Namun, dia terlihat lampu tersebut dan ingin tahu kenapa Jafar sangat memerlukan lampu tersebut. Apabila Aladdin mengosok lampu tersebut, tiba-tiba jin bewarna biru keluar dari lampu tersebut. Aladdin terkejut dan tidak tahu siapakah jin tersebut. Jin tersebut sangat pelik kepada Aladdin dan menjelaskan dia diberikan 3 permintaan sahaja untuk ditunaikan. Jin menjelaskan sambil menyanyi dan menari.

Permintaan pertama Aladdin adalah ingin keluar dari gua tersebut. Jin pun menghayati hajat tersebut dan menunaikannya. Mereka semua berada di luar dari gua. Padang pasir yang begitu luas. Jin tersebut sangat menyukai Aladdin. Aladdin meneruskan dengan permintaan keduanya. Permintaanya itu ingin menjadi seorang Putera agar dapat mendekati dengan Puteri Jasmine. Jin tersebut menunaikan hajatnya dengan menukarkan penampilannya dan membangkitkan rakyat negaranya sendiri iaitu Puteri Ali dari Ababwa.

Mereka datang ke negara Agrabah dengan penuh meriah dan Abu dijadikan sebagai gajah untuk penunggang Aladdin. Mereka datang dengan penuh semangat dan ingin berjumpa dengan Sultan. Jin sebagai pengawal peribadi Putera Ali. Apabila mereka datang ke istana, Sultan menjemput mereka semua pergi ke majlis makan malam. Aladdin yang berpura-pura menjadi Putera Ali berasa segan kerana beliau tidak tahu adat istiadat di istana.

Sewaktu makan malam, Jafar melihat Putera Ali seperti orang yang dia kenali. Putera Ali mempelawa Puteri Jasmine untu menari bersama. Dia melihat kelibat Putera Ali begitu dramtik sekali dalam tarian. Jin membantu Putera Ali menari dengan baik dengan menggunakan magiknya. Semua orang bertepuk tangan dan bangga kepada Putera Ali. Putera Ali tidak dapat berkata-kata dengan Putera Jasmine. Lalu, Aladdin meminta bantuan Jin agar membantunya. Jin pergi ke bilik Puteri Jasmine dan berjumpa dengan Dalia untuk mengajak dia keluar. Dalia bersetuju dan berlalu pergi. Kemudiannya, Aladdin berjumpa dengan Puteri Jasmine. Aladin bawa dia keluar dengan menaiki karpet terbang. Puteri Jasmine sangatlah bahagia kerana dapat melihat rakyatnya yang begitu hidup bebas. Lalu, dia dapat mengetahui bahawa Putera Ali adalah Aladdin.

apakah yang berlaku kepada mereka berdua?
Sambungan Aladdin episode 3

ALADDIN episode 1

hai semua,

dah tengok Aladdin ke uolls? Saya dah tengok, Ya allah best gilerrr!! saya bagi 10/10 tauu. Cerita Disney memang semua best-best tauu. Tak rugi tengok. So please pergi tengok cepat-cepat tauuuu.

kisah Aladdin macam ni..

Ada 2 orang anak lelaki dan perempuan melihat sebuah kapal besar lalu bersisihan dengan kapal mereka di lautan. Kemudiannya mereka bercita-cita ingin memiliki kapal sebesar itu. Ayahnya bercerita mereka boleh memiliki kapal itu dengan hati ikhlas. Di dalam kapal tersebut mereka sekeluarga dan beberapa pekerja di kapal tersebut. Ayahnya memulakan penceritaannya sambil menyanyi dan menari.

Satu hari ada seorang jejaka tampan ni bernama Aladdin dan beliau adalah antara orang-orang yang miskin, tidak memiliki harta seperti pedagang yang lain. Aladdin seorang pencuri yang handal di kampung tersebut baginya itu adalah mudah. Ketika di pasar, seorang wanita terlihat 2 orang budak melihat roti tersebut dengan keinginan ingin memakannya tapi mereka tidak mampu. Kemudian, wanita itu mengambil roti tersebut dan memberikan kepada 2 orang budak tersebut. Lalu, pedagang roti itu memarahi wanita itu kerana mencuri rotinya. Wanita itu mempertahankan budak-budak tersebut dan dirinya. Pedagang tersebut menyuruh untuk membayar roti tersebut. Aladdin datang dan membantu wania itu setelah melihat pedagang meronta-ronta supaya dibayar. Aladdin berkata dia akan cuba membantunya tetapi meminta pinjam gelang emas tersebut. Aladdin memberikan gelang tersebut kepada pedagang itu dan pergi. Pedagang itu berasa senang hati dan selepas itu, apabila beliau mencari gelang itu, tidak ada padanya dan berkata pencuri kepada Aladdin. Aladdin melarikan diri dengan wanita itu di seluruh pelosok Bandar Agrabah. Mereka dikejar oleh para pengawal sehingga mereka pergi tempat tinggal Aladdin di atas bangunan yang tinggi. Aladdin tinggal bersama dengan monyetnya Abu.

Wanita itu sangat kahgum dengan Aladdin yang begitu licik di pasar tadi. Apabila wanita itu ingin pergi, dia ingin memiliki semula gelang tersebut tetapi Aladdin tidak dapat mengembalikan kerana Abu menyimpannya. Wanita itu sangat kecewa kerana gelangnya dicuri oleh pencuri tersebut. Aladdin berasa sangat kecewa dan menyesal.

Setelah wanita itu pergi, beliau terpaksa kembali ke pangkuan keluarga di istana. Ada kerabat putera diraja datang melawat ke istana kerana ingin melamar puteri Jasmine sebagai isterinya. Tetapi Puteri Jasmine bukanlah orang yang mudah jatuh cinta dengan mana-mana lelaki. Puteri Jasmine tidak pandang terhadap harta mereka. Oleh itu, Putera Jasmine dipaksa untuk berkahwin dengan para putera lelaki yang melamarnya supaya dapat memerintah menjadi Sultan. Sultan lah yang akan memerintah negara Agrabah.

Puteri Jasmine tidak dapat melepaskan diri daripada laluan istana kerana Sultan tidak mahu anaknya ke mana-mana. Puteri Jasmine tidak dapat merasakan kehidupan rakyatnya di negara Agrabah yang hidup bebas. Dia memiliki dayang yang bernama Dalia. Puteri Jasmine akan selalu bercerita dengan Dalia apabila dia ditimpa kesusahan. Tiba-tiba, Aladdin datang melalui balkoni Puteri Jasmine di istana, untuk memberikan gelangnya yang hilang itu. Aladdin merasakan dia suka kepada wanita yang dia jumpai di pasar tadi. Aladdin tidak tahu Puteri Jasmine itu ada seorang puteri tapi bahkan menggelarnya seorang dayang kepada Puteri tersebut. Dalia pula terpaksa berlakon menjadi Puetri Jasmine di hadapan Aladdin.

Sewaktu Aladdin ingin keluar dari istana, pengawal Jafar telah menahan Aladdin dan menangkap beliau. Aladdin dibawa ke padang pasir di mana ada sebuah gua yang menyeramkan berbentuk singa. Jafar menyuruh Aladdin untuk memasuki di dalam untuk mengambil sebuah lampu ajaib. Aladdin diberikan peluang untuk mengambil lampu ajaib tersebut dan apabila dia memasuki gua tersebut. Terdapat banyak harta karun yang tersembunyi di dalam gua tersebut. Emas, berlian dan sebagainya. Aladdin dan Abu cuba untuk mengelakkan dipengaruhi oleh harta karun dan mengambil lampu itu sahaja. Lampu tersebut terletak di puncak di mana Aladdin terpaksa mendaki untuk mendapatkannya. Abu terlihat harta karun di hadapannya lalu memegang berlian tersebut. Gua tersebut menjadi huru hara dan menyebabkan Aladdin jatuh dari puncak sambil memegang lampu tersebut. Gua tersebut mengeluarkan lava berapi dan menyebabkan Aladdin tidak dapat mengeluarkan dirinya dari gua tersebut. Jafar tidak membantu Aladdin dengan tidak menghulurkan tangannya untuk menarik Aladdin. Sebaliknya, selepas mendapatkan lampu, Jafar menolak dengan menggunakan kakinya supaya Aladdin jatuh dan mati di gua tersebut.

Apakah yang berlaku kepada Aladdin?
Sambungan Aladdin episode 2

Thursday, May 23, 2019

CRUSH ON TAK ON 3.0

hahhh sambungan dah nak masuk 3.0 laaa

amboi sakan bercerita sis, ahahaha ok jom masuk part seterusnya. 
lepas je aku confess, mereka semua tak reject tapi sebab yang musabah laaa. Bagi aku rasa benda tu ada betulnya, kita sebagai pelajar perlu hadap bendu tu, apa yang uatamakan adalah pembelajaran dahulu, bercinta kemudian. Cinta aku sampai juga cumanya kita tak tahu bila dia nak sampai hahh. Jadinya aku tetap akan usahakan juga tapi belajar tetap belajar juga. 

Selepas semua dah masuk IPTA, aku cuma dapat detect yang sorang ni di UM. Paling dekat dengan aku. And aku masi lagi macam nampak sinaran cahaya dia untuk aku. Tapi tu laa siapa la kita ni kan UKM berbanding UM. Aku rasa aku memang takkan dapat dia laaa, sebabnya aku tahu dia takkan pilih perempuan macam aku, Ibu dia ustazah kot siap pakai purdah lagi. Aku jahil sikit hahh anytime boleh jadi jahat ahahhaah. Lumrah manusia nak buat macam mana kan. Tapi apa salah kalau dia laa jodoh sis kan. Yang penting ada usaha, Allah yang tentukan. 

Sejak masuk IPTA ni, semua CRUSH lama dah takde dalam list lagi semuanya tinggal kenangan je. Lepas tu, aku rasa hidup tenteram je tapi tu laa mata aku tetap liar ahahha tetap akan mencari siapa lagi mangsa CRUSH tu. Nak dekat setahun aku di UKM, CRUSH di UKM tetap laa ada tapi susah nak usha dia sebabnya dia kejap ada kejap takde. Hmm bosan siutt, lepas tu, masuk Ramadhan bulan paling mulia, hati aku bersinar lagi macam dulu. Nak tahu kenapa? Sebab crush lama dulu kembali aktif di Instagram huhu betapa gembiranya akuuu. Tapi batasan aku dengan dia tak lebih dari kawan je. Yang penting aku happy dapat tengok lagi. 

sekian. 


CRUSH ON TAK ON 2.0

Hahhhh kita berjumpa lagi yang kali kedua, korang mesti tak sabar kan apa yang berlaku lepas tu?

ok, mehh sini aku nak cerita, antara ketiga-tiga CRUSH aku tu, korang rasa aku buat apa? hahhh curious tak? jeng jeng jeng.. Aku confess kan.. nak tahu tak apa yang berlaku lepas tu?

aku kena reject ke?
mereka suka ke?
buat tak tahu ke?
ignore je?

ahahahhaha gila kannn. ok CRUSH yang pertama tu, lepas aku confess, dia simply tak terkejut like macam dia tahu je apa yang aku nak buat tapi sumpah aku rasa pelik ahahha. Dia tak reject aku (Alhamdulillah) tapi dia kata buat masa sekarang dia nak fokus belajar dulu sebab dia tak fikir sangat nak bercinta ni. Aku pun cuma main CRUSH je kot tak lebih dari tu. Aku pun ok je sebab aku sendiri pun masih berpegang prinsip belajar dulu, bercinta kemudian. Dia kata dia lagi suka berkawan. Aku pun rasa benda yang sama tapi pada masa yang sama aku rasa lega sangat sebab aku dah bagi tau apa yang aku rasa selama ni. 

ok, yang kedua pulaa huhu agak berat tapi aku tak endahkan pun sebabnya aku rasa " YOU MUST BE BRAVE " ahahaha lepas aku bagi tau yang aku CRUSH kan dia. Sama juga dia tak terkejut. Aku macam pelik la kenapa dia ni relak je. Rupanya ramai budak perempuan confess dengan dia aku macam WHAT?????? Haihhh aku lambat sangat ke? Aku orang yang ke berapa? Ciss patah juga hati aku waktu tu. Hmm, tapi nak buat macam mana kann sebab dia famous hensem pulak tu. Aku pun berlagak biasa je tapi dia kata dia tak reject cumanya dia kata buat masa sekarang dia tak masuk lagi bab tu Aduhh Aku macam aku sebut CRUSH je kot tak lebih pun dari tu. Alahaii tapi aku layankan je laa lepas tu dia cakap sorry laaa aku kena reject ke apa rupanya dia memang sejenis kalau buat perempuan rasa bersalah memang macam tu. 

ok, last sekali ni. Aduhh paling lain aku rasa dia.. Sebenarnya aku tak confess lagi dengan mamat sorang ni sebabnya I AM NOT A GOOD PERSON for him laa. Tapi aku selalu menunjukkan effort aku laa yang aku suka usha diaa. Sampai aku bagi gambar polaroid dengan dia uishh macam tu sekali yerr. Last-last dia dapat tahu aku CRUSH kat dia, dia dapat detect sendiri. aku pun tak tahu sama ada dia sedar kewujudan yang aku usha dia ke apa. Sampai pernah satu tahap aku kena suruh jadi pengacara majlis untuk last perhimpunan tau. Aku suka laa part tu sebab pengacara majlis formal memang bahagian aku. Balik-balik meeting kan jumpa dia aku rasa hati aku semakin membuak-buak. huuuu, lepas tu masa jadi facilitator pun aku join juga, aku paling happy dalam hari pemilihan faci tu. nak tau kenapa? sebab dia pun join juga aku macam Ya Allah dia pun ikutt.. Aku happy sangat! ahahhaha

Aku tahu tak semuanya benda berlaku dengan baik. CRUSH adalah bahan yang kita suka kan. Menceriakan hidup orang yang single, bagi aku itu adalah salah satu alternatif kepada kita semua supaya tak stress. Tapi sekiranya usaha kita itu tak sia sia, agak-agak adakah mereka akan menjadi jodoh kita satu hari nanti?

hmm, nak tahu sambungan ? 
CRUSH ON TAK ON 3.0

Wednesday, May 22, 2019

CRUSH ON TAK ON

hello semua, hahh aku nak cerita ni.. tajuk kali ni pasal CRUSH. fuhhh crush pulak tuu, CRUSH ni majoriti perempuan cuma ibaratkan adalah sekadar suka-suka tau. Tapi Lelaki pula menganggap benda tu wow dia ada peminat dan kadang-kadang orang ambil serius benda tu. Last-last perempuan yang malu.

Nak dengarkan? hahhh jom! ok, masa aku kat matrik dulu, aku boleh dikategorikan aku gatal laa knp? sebabnya aku suka tengok lelaki hensem-hensem. Tapi aku sekadar suka-suka je, macam buat pemandangan paling indah pernah kau nampak hahhh. Sejuk je kat mata kau. Macam tu je laa, tak lebih mana pun.

Di matrik, aku ada banyak CRUSH! banyakkan! tapi aku bagi tahu 3 orang je. sorang yang beragama, sorg yang nampak sweet je. Aku suka tengok muka dia, suka tengok apa dia buat, even duduk pun aku suka pandang. Aku kalau part CRUSH memang laju sampai aku akan tahu apa yang mereka nak buat tau! Instagram pun aku dapat detect tau! inilah namanya superb wow!

ok, crush yang paling aku admired sekali. Nama dia Eizzuddin, sama kos dengan aku. Dia orang yang paling aku suka sebab dia sangat hormat dengan perempuan tau! Aku dapat tahu ibu dia ustazah pula tu. hmm bersyukurnya dapat anak macam tu. Sangat-sangat jaga pandangan mata dia. Rajin ke Masjid pulaa. Hailahh siapa jer tak cair kan. Tapi satu je aku tak suka, DIA RAMAI PEMINAT SHITT. Haduhh susahnyaa, masa tu aku pun pelik kenapa laa aku suka dengan orang famous.. hmm. Sampai satu tahap, aku tunjukkan effort aku dengan dia tau bagi gambar polaroid dan setiap ig story dia aku akan komen. Ahahahahha ketara sangat haduhh tapi tu laa usaha aku, mana laa tahu dia jodoh kita kan, siapa tahu. Dia sekarang kat UM hmm, ambik kos perniagaan.

ok, sekarang crush yang paling aku idollll sekali. Nama dia Gillbert. hahh dia kristian, tapi rupa dia macam muka melayu habis. aku pernah usha dia masa tu kat instagram, lepas tu aku pun nampak laa mamat ni uishh hensem siakk. Lepas tu aku apa lagi follow dia di instagram. Hensem nak mampus dia pakai baju kurta waktu hari jumaat. Jadi aku separuh mati ingatkan dia muslim melayu.. Hahahahah. Lepas tu aku nampak dia kat instagram sekali satu hari tu aku nampak dia depan mata like oh my god!!! Indahnya ciptaan tuhan. Serius aku tak tipu! lepas tu aku memberanikan bersemuka dengan dia dan senyum.. senyum paling manis pernah aku bagi.

Yang ketiga daripada muslim of course. And dia waktu matriks adalah YDP MPP matriks. Aku macam wow! Sudahlah hensem, berwibawa pula tuu. Segak bang hanggg lagi-lagi klu dia pakai jaket fuhh prince of the year! Tapi tu laa kalau jadi YDP mestilah dia pegang tanggungjawab yang besar kan hmm, ramai peminat pula tu, ishhh kenapa laa CRUSH aku semua ramai peminat ke aku salah pilih orang. Aduhhh, lepas tu, aku pun anggap je laa benda biasa kan, pertama kali dalam hidup aku, aku dapat bercakap dengan dia like jeng jeng jeng.. Aku macam tahan nafas! Serius tak tipu.. halahhh haihh, lepas tu aku dapat tau pula roommate aku satu kelas dengan dia. Ya Ampunnn! aku dapat hidu bau nasi minyak akuu!Ahahahhaah kesitu pulaa mengada..

jadi, kesimpulannya, aku dapat rasakan bahawa mereka hanya laa mainan barang mata aku je. Sebab mereka tu bukan suka aku punnnn, sedihhh! Tapi aku ok je kenapa? Sebab mereka hanyalah dunia kayangan aku iaitu crush akuu.Aku ingat lagi 30hb Mac sebelum masuknya 1 April aku confess dengan ketiga-tiga CRUSH aku. fuhh gempakkan aku sanggup memberanikan diri aku untuk confess dengan orang-orang yang aku CRUSH kan. Nak tahu tak apa jadi?


bersambung pada CRUSH ON TAK ON 2.0

I AM FOOD HERO






Alhamdulillah, baru-baru ni habis program I AM FOOD HERO di sekolah Sk Jalan Enam, Bandar Baru Bangi, Selangor. Para Faci dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan salah satu projek pemasaran khusus untuk Program OASIS yang bakal ke Vietnam pada bulan Julai ini. Pembelanjaran yang efektif dan membantu mereka mengenal erti apa yang mereka tidak ketahui lagi. Kami mendapat respon positif daripada para pelajar serta mendapat sokongan positif sepenuhnya daripada sekolah tersebut.




semua budak rasa sangat gembira pada waktu tersebut kerana dapat berjumpa dengan Faci dari UKM bangi. Semoga dengan projek sebegini, mereka dan diri kita sendiri mendapat pembelajaran yang terbaik buat mereka. Amin.


















Sunday, May 19, 2019

PENGKHUSUSAN EKONOMI DI UKM


MAJORING KOS EKONOMI UKM




hai semua, nama saya elyana berumur 20 tahun. Saya berasal dari Sabah. Saya dapat tawaran untuk menyambung pengajian di UKM dalam bidang ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Saya merupakan pelajar intake 18/19. 

selepas habis pengajian perakaunan di Kolej Matrikulasi Labuan, kalau nak sambung pengajian kan kena mohon IPTA/IPTS kan. Hahh saya pun cuak juga sebab mau isi permohonan untuk sambung degree kann, so saya mohon laaa
1st  Universiti Malaya - perakaunan 
2nd Universiti Kebangsaan Malaysia - ekonomi
3rd Universiti Pendidikan Sultan Idris - pendidikan perakaunan

hahhh ketiga2 ni semuanya TOP 10 universiti terbaik dan keputusan yang cemerlang. semuanya ada temuduga, Bila keluar keputusan temuduga, saya cuma dapat daripada UM dan UPSI sahaja. UKM tu tak dapat pun temuduga, jadi saya anggarkan saya tiada rezeki di UKM. Ehh tau2 pula dapat tawaran di UKM. Alhamdulillah. 

Cerita pasal UKM pula, kenapa pilih kos ekonomi kan? sedangkan boleh ja saya mohon perakaunan juga. Mau katakan pointer tidak lepas, padahal lepas ja pun, menepati syarat lagi. Mungkin rezeki saya di bidang kos Ekonomi, jadi saya terima seadanya. Nanti bila korang masuk UKM jadi budak tahun 1, hmm mesti rasa bangga kan dengan diri sendiri. Orang kata UKM pun not bad dan bukan senang nak masuk universiti elit. Sebenarnya mana-mana universiti pun terbaik dari diri kita sendiri saja ba tu. 

Pelajar baru di UKM, tahun 1. Saya ambil kos ekonomi. Tahun 1, budak kos ekonomi akan belajar benda yang sama, basic macam di STPM dan Matriks. Tapi lagi mendalam laa sikit hahhh kena perah otak juga laa. 1 sem ada 6 bulan, jadi pembelajaran kau akan jadi lebih laju sebabnya satu bab satu hari siap. huhu sakitnya tuh di sini. Tapi kalau kau fokus, mesti okay punya. 

Pelajar tahun 2 di UKM, hahhh baru ambik subjek major. Kos ekonomi ada 6 pilihan subjek major dan wajib pilih satu major sahaja. tak boleh tamak yaa. Setiap major tu ada 4 subjek wajib modul dan 2 subjek major bebas. Antaranya:

1. Ekonomi Industri dan Antarabangsa
2. Ekonomi Monetari dan Fiskal 
3. Ekonometrik dan statistik gunaan
4. Ekonomi Islam
5. Ekonomi perniagaan dan sumber manusia 
6. Ekonomi Sumber Alam Sekitar 

wahhhhh saya tengok pun tidak faham.. Apa ni? kannn
Inilah major yang ditawarkan oleh fakulti sendiri, pensyarah cakap UKM ja yang menawarkan major macam ni, nda tau laa betul ka tidak? Jadi untuk pilih major ni kena fikir sematang-matangnya tau sebab ini lahh yang kau akan hadap sepanjang tempoh pengajian, lepas tu kena tengok masa depan kau macam mana lagi. Saya sampai telefon mama abah, pensyarah di matriks, mentor di matriks, guru ekonomi di sekolah, kaunseling lagi, tambahan lagi senior-senior di UKM hahhh ambik kauu. Banyakkan saya mabik research untuk membuat permohonan sekecil ni ja. Tapi susah nak buat keputusan. 

Jadi selepas berfikir tu, dengan pendapat, cadangan orang lain. Saya berterima kasih dan bersyukur kepada mereka, akhirnya saya buat keputusan.

pilihan pertama - ekonomi industri dan antarabangsa 

kenapa? sebagaimana kita tahu ekonomi kita ada pasang surut. Pergolakan antara negara bercampr baur dengan politik membuatkan ekonomi kita susah untuk ditafsirkan bagaimana keadaannya. Seperti yang kita tahu, saya lebih memilih industri dan antarabangsa sebab kita mempunyai pelbagai sektor industri dan antarabangsa, bukan? Bagi saya itu adalah peluang terbaik untuk saya latihan industri. Contahnya, APEX, PETRONAS, MYPAC dan lain-lain. kedua membuat kajian, sangatlah mudah kenapa? skop kajian mudah dicari bukan? pilih satu syarikat besar, dah ada skop kajian. ketiga, persaingan kuat, permintaan tinggi. Tidak semestinya, kita mengambil kos ini, kita perlu bekerja di industri tersebut. Peluang kerjaya tetap ada kalau kita berusaha, bukan? Persaingan kuat? betul kerana orang zaman sekarang berebut nak bekerja. Nak sambung MASTER dan PHD, tiada masalah kerana perluasaan dalam kajian lagi menyerlah dan susah tentu kajian anda nampak lebih menarik berbanding yang lain. 


pilihan kedua - ekonomi monetari dan fiskal 

kenapa? monetari dan fiskal ni adalah benda yang kita akan belajar subjek makroekonomi. hahhh, tapi major ni lebih banyaka benda kau akan belajar. Kalau nak latihan sendiri boleh juga dan major ni lebih mementingkan pasaran saham, naik turun kewangan ekonomi. contohnya, boleh ja intern di mana-mana cawangan Maybank, Public Bank hahh gittew. selain itu, di LHDN, SSPN, jabatan akauntan negara macam-macam lagi. Sama juga macam di ekonomi industri dan antarabangsa, persaingan sengit dan permintaan tinggi. Orang akan berebut untuk bekerja nanti. Saya pernah berhasrat mau kerja di bank sebabnya memang jenis kepala mengira duit. hahh tapi bukan senang nak kerja di bank. tapi siapa yang dapat ,ajor insha allah boleh kerja di bank. 

pilihan ketiga - ekonomi perniagaan dan sumber manusia

kenapa? hahhh major ni ramai ja nda suka kenapa kononnya tiada dapat kerja masa depan . itu semua dusta, bukan betul tu. Saya pilih ni sebab jarang-jarang orang tau pasal benda ni sedangkan di setiap syarikat atau jabatan atau organisasi mesti ada bahagian sumber manusia. Sumber manusia ni lebih bersifat mempelajari manusia daripada mempelajari ekonomi perniagaan. Mentor aku cakap, sumber manusia ini lebih kepada melihat perspektif diri dan orang lain. Contohnya, kau mau tahu ka siapa yang selalu iv korang masa nak mohon kerja? hahh itulah pegawai sumber manusia. Mereka ingin melihat bahawa adakah anda layak bekerja di syarikat ini? hahhhhh persaingan kurang permintaan pu kurang. kenapa? sebab orang zaman mana peduli dengan kerjaya yang macam ni. Tak semestinya bila ambik kos sumber manusia terus kena kerja pegawai sumber manusia. tidak... bidang ini lebih kepada perspektif manusia. membantu syarikat mana yang betrul mana yang salah. 


Jadi ini lah keputusan yang saya buat untuk majoring saya. dan Alhamdulilah saya dapat major Ekonomi industri dan Antarabangsa. yeayyy! So, kepada adik-adik! Good Luck!


Salam Ramadhan Kareem 2

Assalamualaikum semua,


Menjelajah Masjid Putra Putrajaya

Hahhh, hari tu saya cerita kami berbuka di masjid al-uum bandar baru bangi. Kali ni, saya berbuka di Masjid Putra Putrajaya pulakkk. One od the best memories ever in my life iaitu pergi menjelajah ke Putrajaya. Masjid Putra Putrajaya sangat lawa dengan sentuhan ukiran tangan yang begitu unik sekali. Usrah kali ni sangat mendalami jiwa saya bahawa kekuasaan Allah itu adalah sangat besar. Pertama kali, berbuka puasa, kemudian sembahyang maghrib, sambung semula makan. huhu waktu tu aku dah lapar haha tapi takpe laa. ikut laa peraturan kat sini.

kepada yang belum menjejaki ke Masjid Putra Putrajaya, pergilah mengunjunginyaa. Pemandangan sangat lawa, masjid yang lawa. Kalau boleh, saya nak study dekat sana sekali.. hahh best!! 





career entrepreneurship 2019

Education Home Tuition is one of our main business online which is we provide an education teacher to teach all the students who would like to register our official website in internet. As we know people will keep searching online an usually they using Google to find something. So, we as a team create something different business which is easy to let people know and do some innovative it.So, we're create website from wix.com which is free and i didn't apply for any planing from the wix.com.

This is me! I am a Co-Founder of Education Home Tuition. My name is Nur Elyana Binti Mohd Zainie, 20 years old from Sabah. I am the one who create the Education Home Tuition website from wix.com. I am still undergraduate student from The National University of Malaysia and taking a course of Economics under Faculty of Economics and Management. Single and available. My hobbies are traveling and watching tv. 

This is my manager of marketing officer. Her name is Fitri Nurmuhajir Binti Isagani. She is the one who will manage the marketing team and how blast our business through media, newspaper, advertising in the television to let people recognise about our business online and especially help our students who does really need their own teacher. She also undergraduate student from The National University of Malaysia taking a same course like me which is Econmics under Faculty of Economics and Management. Her hobbies are eating and playing futsal. 

This is my manager of Finance officer. Her name is Rusnisah Binti Kubra. Her position is manage our finance business and really need to take attention about it. It is because all statements ups and down of our business, finance officer is really important. She knows about our profit, installment, capital and so on. And she's the one who know that we can continue our business or not. She also undergraduate student from The National University of Malaysia and taking course of Economics under Faculty of Economics and Management. Her hobbies are eating and singing. 


This is my general manager 1. Her name is Nurul Assyiqin. I forgot her last name (sorry). Her position is to manage our appointment to our client which is from student and parents. She is a leader of making decision which is our client (students) who wants a tutor to teach them. she is the only one can manage which one tutor that supposedly teach the students and make some appointment towards to the tutor. any require or request from our client, she will be consider for another reasons. she prefer to called her as kina. She's also undergraduate student from The National University of Malaysia and taking course of Economics under Faculty of Economics and Management. Her hobby is love to watching k-drama forever. 



This is my general manager 2. Her name is Sinaidah Binti Abduh. Her position is to help her friend which is Nurul Assyiqin to making decisions. Besides, her role as general manager 2 is to preparing location, transportation, classes and so on to get ready for another appointment with the tutor and our client(student). She is one of the busiest manager because she need to know all stuff must be perfect and a very good timing. Focus on that day and make sure everything is going to be fine. She also undergraduate student from The National University of Malaysia and taking course of Economics too same like us at Faculty of Economics and Management. Her hobbies are shopping and eating. 

Saturday, May 18, 2019

being a dancer is so much fun


for the first time in my life, i willing to join a wonderful journey as a fresh students. They asking me that " Do you want to join being a dancer of festival UKM? " and i said " yes, ofcourse ". It takes 3-4 weeks to learn the steps, training over again and again. My roommates also join the festival together so we're so excited even it is so hard because you need to understand and make sure it has a Team Work together.

i'm as Orang Ulu. Orang Ulu is one of the tradition from Sarawak which is woman slay with her own beautiful tradition uniform. i never wearing any uniform tradition yet before, and this is my first time ever in my life!

we also have a stewardess from turkish airline hahaha.. A beautiful malay girls and boys there.. Hey, lets join another event like this together..





p/s : maaf ye, bahasa inggeris saya tak bagus sangat, tapi saya mencuba. boleh betulkan dekat komen ye. thank you.


Salam Ramadhan Kareem

 Ramadhan di perantauan 


Assalamualaikum, 
Hidup sebagai seorang pelajar ni lagi - lagi pelajar universiti ni banyak sangat pengorbanannya. Dulu, aku belajar di matriks sempat lagi berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Tapi sejak dah masuk bachelor degree ni, menempuh hidup sebagai seorang pelajar bukanlah mudah. Pertama kali dalam hidup, aku berpuasa di perantauan, jauh dari keluarga tersayang. Sabah dan semenanjung tu ibarat laut dan sungai hmm. Tapi sama juga kan ikatan jalinan tetap kuat sama juga dengan laut dan sungai. Aliran air yang sama. Walaupun sebenarnya aku dah biasa pun berbuka puasa, sahur sorang-sorang. Tapi bila kenang balik, nampak kawan yang lain semua balik berbuka puasa dengan keluarga. Kelainan hidup universiti ni lain sangat.. Ada something yang kita tak boleh ungkapkan, tak boleh diceritakan kerana ianya sangat menyentuh hati dan sensitiviti dengan kawan-kawan yang lain. 

Nak rasa kesunyian tu tiadalah sebab aku dikelilingi kawan-kawan yang sentiasa sokong aku, jaga aku dengan baik.  Alhamdulillah 💜

Kini, sepanjang ramadhan ni, untuk menghilangkan rasa kesunyian tu, aku join laa usrah ukm. korang boleh follow mereka di ig @usrahukm. ok. kakak - kakak yang buat usrah ni sangatlah baik. sanggup ambik junior mereka di setiap kolej untuk berbuka dan sahring bersama-sama. Alhamdulillah aku sangat bersyukur dapat merasa erti puasa yang penuh dengan makna. Taklah aku depress di bilik sebab kerja yang berlambak tu.

pada mulanya, aku tak berminat pun usrah bagai sebabnya aku jenis tak pandai sangat bab agama ni. Bukan tak beriman, tapi memang tak masuk kalau bab agama tapi tetap ambil tahu ilmu pengetahuan pasal agama. Sampai satu tahap aku rasa aku patut join usrah ni, lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT. Pertama kali aku ikut usrah, berbuka di Masjid Al-Uum Bandar Baru Bangi dengan kawan-kawan. Ya Allah aku sangat teruja masuk ke masjid dan nampak begitu indah perhiasan masjid di ruang solat. Aku rasa tenang bila nampak semua ni depan mata aku . Sebelum kami berbuka sama-sama, kami akan ada satu sharing session di mana menceritakan tentang puasa dengan penceritaan surah-surah dan kisah nabi.







selamat berpuasa uollsss!!


















Haiwan peliharaan dijemput ilahi pada bulan Ramadhan


hai, hari ni sis nak cerita pasal kucimg sis. ok, nama dia Billy, kami ambik Billy dan Benny (adik) dan bawa masuk rumah. masa tu badan mereka kecil lagi. agak-agak dalam umur seminggu. tapi malangnya Benny (adik) tak dapat tahan lama dan dia pun pergi. tinggalah Billy sorang... kami jagalah Billy dari kecil sampai besar. Kami latih dia, cara nak makan, berak kat pasir bukan dalam rumah, latih panggil nama, mandikan dia, sentiasa bersih, kadang-kadang bawa dia main. Billy satu-satunya kucing yang paling jaga tertib di rumah. Semua arahan dia dengar dan tahu apa nak buat. Muka dia comel jer, badan kecil tapi gemuk sikit sebab dia kuat makan. kalau dia lapar, dia pandai bersuara nak makan, masuk dapur mesti nak makan. 





hahh dia akan tidur macam ni kalau waktu cuaca panas. Ahahahahaha 


comelkan kucing sis, dia kucing kampung je tapi bila setiap kali kami bawa ke vet, doktor selalu cakap kucing kami ni bukan biasa-biasa. hahh nak tahu kenapa? rupanya dia adalah kucing kacukan mainkoon yang telah dikacukan dengan kucing kampung. mainkoon? kucing mahal tu kann yang beribu harganya. Tapi kami sekeluarga tak kisah pun, asalkan kita jaga amanah Allah dengan baik. Kami buat Billy betul-betul seperti mempunyai keluarga, sampai satu tahap kalau ada apa-apa je, mesti teringat kucing tu pun salah satu ahli keluarga kami. Kami sekeluarga ikhlas jaga dia, berhabis duit demi dia pun takpe. Yang penting kami puas hati, 3 bulan sekali jarum vaksin, sebulan sekali mandi, makanan dia pun beli kat vet, Abah sampai beli bijiran yang mahal sebab nak kulit dia mulus dan cantik. Padahal bulu dia nipis je ahahahhaa. Setiap pagi, mama la yang akan hadap Billy. Asalkan buka pintu dapur berhadapan dengan sangkar kucing. Jadi Billy selalu bersuara nak minta makan dan lepaskan untuk dia bermain di luar. Comel je suara dia. Mama pun apa lagi selalu menyahut panggilannya di waktu pagi. Sambil masak untuk sarapan tu, hahh mama laa tukang borak dia. 

Billy : meow meow
mama : sabar yaa lai, kejap lagi ikan masak yaa
Billy: meowwww 
mama : mau main, sekejap yaa. makan dulu baru main ok 

selepas tu, fahmi atau fahrin laa kalau tak pun abah yang bagi makan kucing. bagi makan anak-anak la katakan. Kalau sis cuti midsem atau cuti sem, balik rumah hahh kerja harian bagi makan sis laa yang buat. setiap hari makan nasi campur ikan rebus, kami pun standby makanan bijiran kucing juga. lepas makan tu, hahh apa lagi lari keluar rumah terus nak main. biasanya kami tak kurung mereka dalam rumah je, sebabnya itu yang buat kucing stress sampai gugur buluh dia. biasanya kucing akan kami lepaskan sampai tengahari. Waktu tengahari bila mama balik waktu makan tengahari je, terus kucing masuk. Asal mama balik je waktu makan tengahari, Billy laa paling rajin tunggu dia kat depan balkoni kalau tak pun dia mesti tunggu depan pintu dapur. Lepas tu mama laa yang bawa mereka masuk dalam rumah dan bagi makan. Kalau sis pula, tengahari tu sis akan panggil nama Billy, terus masuk pintu dapur hahhh kalau nak dengar dia menyahut memang tak dengar laa. Mudahkan? Dia tahu dia perlu menyenangkan tuan dia. 

lepas waktu makan, tak perlu risau. Billy akan cari tempat untuk dia tidur. Ahahahhaa. Memang tabiat dia lepas makan kenyang, terus nak tidur. Sebab tu laa badan dia menjadi. Kecik tapi gemuk. Sebelah petang pula, kami akan lepaskan dia bermain di luar rumah. hahh yang penting dia balik sebelum maghrib tapi kadang-kadang terbabas juga, isyak baru dia balik tu pun kena panggil nama dia. 1 kampung kenal Billy, tuan dia siapa.. ahahhaha famousnya Billy nak tau kenapa? Sebab dia dah jelajah satu kampung tu, tu laa balik pun sampai isyak. hmm... Nakal betul. Tapi kami tak marah, yang penting dia tahu jalan balik rumah dengan selamat. masuk rumah bagi makan terus tidur. hmm Billy billy..

Bulan 3 sis cuti midsem, jadi sis balik sabah waktu tu. Billy sangat gembira tengok sis balik sebab dia paling manja dengan sis. Sikit-sikit nak dukung tauu.. manjanya lebih.. Billy kalau dia rindu sis, dia akan tidur di bilik sis, termenungkan meja belajar sampai tidur di kerusi belajar sis. kadang-kadang di pelapik kaki dekat dengan tandas. Sebabnya dulu masa sis tingkatan 4 sampai SPM, dialah kucing yang selalu teman sis belajar sampai lewat malam. Lepas tu, kalau sis stress, dia akan tengok sis jerr. Sis pun layankan laa Billy untuk hilangkan stress. Pernah sis penat, mengantuk sangat, dia tidur sebelah sis. temankan tidur dari malam sampai pagi. Sedar-sedar je dia pula yang teman rupanya tak masuk sangkar huhu. Bersyukur sangat ada dia. Masuk matriks dulu pun sama juga. Billy sedih juga sebab sis kena meneruskan perjuangan sis untuk berjaya. Jadi sis terpaksa tinggalkan semuanya demi masa depan sis. Billy laa antara kucing yang cepat terasa apabila tuan dia dah nak pergi, mesti dekat-dekat dengan tuan dia. Muka dia akan sayu je, geram pula kita.. Asal balik je dari matriks macam biasa sis akan menjadi burung hantu dan Billy laa yang akan temankan sis. Rindunya moment ni.. 

perjalanan hidup sis sampai laa sis masuk universiti, dia masih lagi buat perkara yang sama. Kasih sayang seekor kucing pada tuannya begitu terindah sekali. 

Takdir Allah telah menentukan semuanya

11 Mei 2019
Sis tergerak hati nak telefon abah waktu tu, sebab sis sibuk sangat sampai tak telefon ibu bapa sendiri. Tapi nasib abah mama faham keadaan sis. Sibuk dengan kerja fakulti, projek dan program. Waktu malam tu, sis telefon abah tanyakan khabar abah. Abah tanpa sengaja beritahu keadaan Billy tiba-tiba jatuh sakit. Semakin mengurus, tak nak makan, tak aktif macam selalu.. Abah dan mama nak bawa Billy ke vet berjumpa dengan specialist terus. Waktu tu abah mama dengan adik beradik sis dah panik kenapa Billy begitu merosot. Tak tahu kenapa? dan doktor tahan dia wad selama 3 hari. Rupanya Dehydration masuk air terus 500ml. Hari selasa baru boleh keluar dari hospital. Sis yang jauh ni pun dah cuak macam mana Billy boleh macam tu. Sis berdoa harap-harap Billy sihat sejahtera. 

14 Mei 2019
sepanjang 3 hari berlalu, adik sis siap minta gambar Billy jadi sis pun semakin pelik. Kenapa tiba-tiba nak minta gambar ni? Sis telefon mama, mama tak angkat. whatsapp pun tak balas. Sis dah panik! Nak juga tahu perkembangan Billy, macam mana? Sihat ke? Sakit ke? Kena tahan lagi di wad ke? Sis telefon abah nasib abah angkat telefon. 
Titisan airmata jatuh ke pipi.. berlinang air mata sis waktu. Dari berdiri terus terduduk di katil. Doktor mengesahkan Billy tidak dapat lagi diselamatkan, sel darah putih Billy sangat banyak, buah pinggang dia dah rosak. Hati sis bagaikan kaca yang retak! Billy tak boleh berjalan lagi, hanya mampu baring sahaja. Bila Abah bawa balik rumah, Billy diletakkan di bilik Fahmi, jadi Fahmi boleh jagakan... semua dalam rumah tu, menangis yang Billy dalam keadaan macam tu. Apatah lagi sis di luar negeri ni. Sis nak sangat tengok Billy, nak sangat balik rumah jaga Billy tapi abah sis tak suruh. Gambar Billy yang terkini pun Abah tak bagi sis tengok sebab dia tahu anak dia akan menangis nanti. 

15 Mei 2019
Allahakhbar! Innalillahwainnalilahirojiun. Allah lebih sayangkan Billy. Billy meninggal selepas waktu isyak dan meninggalkan semuanya di duniawi ini. Malam tu juga abah,fahrin, fahmi kebumikan Billy dengan selamat bersebelahan kuburan kucing yang lain. Sis tak menyangka Billy akan pergi juga. Semua di rumah tu berkabung atas pemergian Billy termasuklah sis di sini. 
Abah cakap " Billy datang di duniawi ni adalah sebuah syurga buat mereka, kita dah jaga amanah Allah dengan sebaiknya. Kita telah berusaha sebaik mungkin untuk Billy. Hidup haiwan ni hanya sekali sahaja, kita takkan berjumpa Billy lagi buat selama lamanya. Biarlah kenangan itu kita semadikan di dalam hati masing. Memori terindah bersama Billy". 



15 mei 2019 
Billy 
4 tahun 


Kasih sayang manusia terhadap haiwan adalah sangat berharga daripada kekayaan di dunia ni. Sis sangat bersyukur dapat menjaga Billy walaupun tak dapat banyak luangkan masa bersamanya. Kepada semua yang mempunyai binatang peliharaan tak kisahlah apa-apa haiwan tu. Jagalah mereka dengan baik, seperti menjaga amanah Allah. 

" Memori terindah buat Billy. Kakak nana sayang Billy dunia akhirat. kami sekeluarga bersyukur dapat menjaga dia selama 4 tahun. Terima kasih Billy untuk segalanya. Kakak nana akan simpan memori kita di pelusuk hati kecil ini. Semoga roh Billy diberkati dan rehatlahh sayang di atas sana. i love you 3000 times, Billy. Rest in peace, sayanggg. " 

kepada yang membaca blog ini, saya menceritakan kepada anda kisah kucing kesayangan kami sekeluarga. yang memelihara haiwan pasti tahu apa perasaan kehilangan haiwan yang disayangi kann.. saya minta maaf kalau kisah ini membuatkan anda menitiskan air mata. kerana saya sendiri pun menaip sambil menangis. hehe. Ambillah ikhtibar daripada kisah saya. Saya harap semua orang biarpun tak memelihara mana-mana binatang, tapi ambil lah peduli tentang mereka. kerana mereka hanya turun di muka bumi ini hanya sekali sahaja. 




















 

Saturday, April 20, 2019

OASIS VIETNAM 

OASIS bermaksud Omarian Aspirational Synergy International yang di cipta oleh Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia. OASIS adalah satu program mobiliti di mana pelajar Kolej Ungku Omar akan membawa nama kolej sekaligus membawa nama UKM ke luar negara dan dapat menibgkatkan prestasi dan nama baik universiti. Saya merupakan salah seorang ahli OASIS 18/19. 

Pada mulanya, semasa sesi pendaftaran UKM, kolej telah mempromosikan OASIS kepada semua pelajar yang tinggal di KUO. Sejak daripada itu, saya melihat kekuatan OASIS bahawa satu program mobiliti adalah satu peluang yang boleh kita melihat negara luar selain program pertukaran pelajar antara negara dan negara. Peluang menyambng pengajian di luar negara adalah satu nikmat kepuasan yang disukai oleh orang ramai akan tetapi perkara tersebut bukan mudah yang disangka-sangka. Jadi, saya membuat keputusan untuk mengikuti program OASIS. 

Seperti biasa mereka akan mengenakan temuduga secara berkumpulan sekaligus melihat kebolehan masing-masing adakah mereka berjaya mengatasi temuduga ini? Adakah anda sanggup melakukan kerja berat demi menjalani program mobiliti tersebut? ataupun adakah anda sanggup mengorbankan kewangan anda demi program mobiliti ini? 

Selepas temuduga, beberapa hari kemudian saya menerima mesej daripada group Whatsapp bahawa saya telah berjaya dan dipilih menjadi ahli OASIS. Alhamdulillah. 

Semasa dalam perbincangan, OASIS telah memilih untuk melakukan 2 program mobiliti yang berlainan iaitu pendidikan dan program kemanusiaan. Negara yang dipilih juga telah mengikut prioriti iaitu program pendidikan akan ke Australia dan program kemanusiaan pula ke Vietnam. 

ketika itu, saya telah terpilih menjadi ketua logistik OASIS Vietnam. Di mana kerja tersebut adalah bukan mudah kerana perlu berhubung dengan NGO, kesemua catatan perlu di ambil, tempat, makan minum, dan sebagainya. Hari kejadian, logistik yang akan mengetuai kumpulan tersebut. 

Alhamdulillah, kami mendapat bantuan daripada NGo Alif Consultant yang pernah menjelajah ke Vietnam dengan melakukan kerja amal ibadat di sana. Beliau merupakan seorang pensyarah sambilan, pengerusi masjid, dan perunding NGO. 

Walaubagaimanapun, pelbagai masalah yang timbul, bermacam-macam halangan yang berlaku sepanjang perjalanan kami sehingga hari kejadian. Hanya tuhan sahaja yang tahu keadaan kami. Akhirnya, kami dapat atasinya dengan mudah dan berjalan dengan lancar. 

Jadi kepada pembaca blog saya ni, kalau ada berminat menjadi seorang traveler, teruskan perjuangan anda. Kerana peluang itu merupakan satu semangat yang baru dalam menimba pengalaman hidup kita.